• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: SISMA Auto Buka Pusat Pameran Baharu

BERITA AUTO: SISMA Auto Buka Pusat Pameran Baharu

October 30, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

sismaSERENTAK pelancaran model baharu Jaguar F-TYPE Coupe, SISMA Auto Sdn Bhd selaku pengimport tunggal dan pengedar eksklusif jenama Jaguar di Malaysia turut melancarkan bilik pameran bagi dua jenama ikonik British itu.

Berpusat di Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang, pusat pameran dengan keluasan 6,200 kaki persegi itu adalah terawal di dunia yang menerapkan identiti korporat baru dwi-jenama berkenaan.

Beroperasi tujuh hari seminggu, bilik pameran itu menempatkan barisan penuh model-model Jaguar dan Land Rover. Sesi pandu uji turut disediakan bagi pengunjung yang berminat.

Bagi mereka yang mahu mengunjungi pusat pameran itu, terdapat empat ruangan meletak kenderaan disediakan selain menyediakan khidmat 'valet' secara percuma.

(L-R) Dato' Steve Day, Lim Wei-ling, Sime Darby Motors Regional MD Simon Rock, JLRM MD Syed Mudzhar Syed Ali, SISMA Auto Chairman Syed Hussain Syed Mohamed and SISMA Auto MD Syed Khalil Syed IbrahimSISMA Auto turut menyediakan perkhidmatan servis di mana pemilik kenderaan Jaguar dan Land Rover boleh menghantar kenderaan mereka di pusat pameran terbaru berkenaan. Kenderaan mereka kemudiannya akan dihantar ke pusat servis 3S SISMA Auto di Glenmarie, Shah Alam.

Bilik pameran baru SISMA Auto Kuala Lumpur terletak di Aras Bawah, Menara Worldwide, 198 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur dan boleh dihubungi menerusi talian 03-21665155. Waktu operasi adalah dari 9 pagi hingga 7 malam dari Isnin hingga Jumaat dan 10 pagi hingga 5 petang pada Sabtu dan Ahad.

Maklumat lanjut berkenaan bilik pameran Jaguar Land Rover di Menara Worldwide, layari laman www.jaguarmalaysia.com.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Sisma Auto Buka Bilik pameran baharu, Sisma Auto Kuala Lumpur

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my