• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Lagi Bayaran Tunai Di Semua Cawangan PUSPAKOM Bermula 1 Julai 2022

Tiada Lagi Bayaran Tunai Di Semua Cawangan PUSPAKOM Bermula 1 Julai 2022

June 9, 2022 By Farah Leave a Comment

92
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TIADA lagi bayaran tunai di semua cawangan pusat pemeriksaan PUSPAKOM untuk semua jenis pemeriksaan kenderaan bermula 1 Julai 2022.

Peralihan transaksi urus niaga pembayaran tanpa tunai dibuat kerana lebih jimat masa, selamat dan selaras dengan aspirasi PUSPAKOM untuk mendigitalisasikan sepenuhnya urusan.

Oleh itu, pelanggan boleh membuat bayaran secara dalam talian iaitu melalui pilihan e-dompet, kad debit atau kad kredit.

puspakom
puspakom - 1

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail berkata, pihaknya yakin urus niaga tanpa tunai ini akan melancarkan proses dan operasi pemeriksaan.

Beliau berkata:

"Sejak April tahun lalu, pembayaran tanpa tunai serta pengeluaran laporan pemeriksaan dan resit secara elektronik tanpa kertas sememangnya sudah dilaksanakan. Namun pembayaran secara tunai masih lagi dibenarkan ketika itu, atas pertimbangan masih ada sebilangan kecil pelanggan yang tidak memiliki e-dompet, kad debit  atau kredit.

"Data, bagaimanapun, menunjukkan lebih 90 peratus pelanggan PUSPAKOM kini menggunakan kaedah transaksi tanpa tunai di semua cawangan kami. Ini jelas menunjukkan kaedah pembayaran tanpa tunai ini menjadi pilihan kerana ia lebih mudah dan cepat. Di waktu pandemik seperti sekarang, ia juga lebih selamat dari segi kebersihan."

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM di talian 03-5101 7000 atau Live Chat di www.puspakom.com.my atau mengikuti Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd.

BACA>>> Boleh Perbaharui Lesen, Cukai Jalan di Puspakom Bermula Hari Ini
BACA>>> Kemalangan 5 Kenderaan: Dua Beradik Maut Lori Dilanggar Bas

Related

92
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 6 fakta PUSPAKOM, cashless, Mohammed Shukor Ismail, PUSPAKOM, puspakom tanpa tunai, Shukor Ismail

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev