• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kemalangan 5 Kenderaan: Dua Beradik Maut Lori Dilanggar Bas

Kemalangan 5 Kenderaan: Dua Beradik Maut Lori Dilanggar Bas

June 9, 2022 By Farah Leave a Comment

318
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

DUA beradik yang bekerja bersama maut selepas lori dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 436.4 Lebuhraya Utara Selatan susur ke kawasan rehat dan rawat (RNR) Rawang arah Selatan, dekat sini, kelmarin.

Kemalangan kira-kira 3 pagi itu, membabitkan lima kenderaan iaitu sebuah lori, sebuah bas, sebuah Proton Waja, sebuah Mercedes dan sebuah MPV, Honda Stream.

Mangsa yang maut ialah Muhammad Faizi Zainal Abidin, 30, dan abangnya, Mohd Fikri Zainal Abidin, 35, yang masing-masing merupakan pemandu lori dan kelindan. Kedua-dua mangsa  meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Hasil siasatan polis mendapati, lori yang berada di laluan kiri dari arah Sungai Buaya menghala ke Rawang dilanggar sebuah bas dari arah belakang,

Pelanggaran itu menyebabkan lori terbabas ke susur masuk RNR Rawang lalu melanggar tiga kenderaan lain yang sedang memandu perlahan untuk masuk ke hentian terbabit.

Pemandu lori dan kelindan yang cedera parah dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia jam 8.30 pagi. Manakala seorang pemandu kereta dan seorang penumpang kereta dilaporkan cedera.

Pemandu bas dengan 38 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Nahas kes ini disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sesiapa yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada balai berdekatan.

BACA>>> Tak Nak Bayar 'Clamp', Pemandu Sedang Emosi Sanggup Rosakkan CR-V
BACA>>> Honda Buka Tempahan HR-V Serba Baharu, Ada Pilihan Trenkuasa Petrol, Hi

SUMBER: Harian Metro

Related

318
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: lori, lori langgar bas, rnr rawang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev