• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pulau Pinang Bakal Miliki 9 Stesen Pengecas Motosikal Elektrik, 3 Sudah Mula Beroperasi

Pulau Pinang Bakal Miliki 9 Stesen Pengecas Motosikal Elektrik, 3 Sudah Mula Beroperasi

June 8, 2022 By Shawkath Leave a Comment

252
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PULAU Pinang bakal dilengkapi dengan sembilan stesen pengecas motosikal elektrik (e-motosikal) yang boleh digunakan secara percuma kepada orang awam. Buat masa ini, satu pertiga kemudahan itu sudah beroperasi.

Berdasarkan laporan, kemudahan itu adalah inisiatif hijua untuk menyokong peralihan kepada bandar rendah emisi karbon. Usaha itu membabitkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Green Council (PGC) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Lokasi Stesen Pengecas E-Motosikal

Siap Beroperasi
  • Astaka Persiaran Gurney
  • Kompleks Makanan Medan Renong (Padang Kota Lama)
  • Astaka Batu Lanchang
Bakal Disediakan
  • Kompleks 1st Avenue
  • Kompleks MBPP Lebuh Pantai,
  • Kompleks Desiran Tanjung (Tanjong Tokong)
  • Kompleks Sri Selera Bayan Baru
  • Kompleks Bukit Jambul
  • Kompleks Makanan Bukit Gedung

Setiap lokasi ada dua lot parkir motosikal awam yang dikhaskan untuk tujuan pengecasan semula bateri e-motosikal.

BACA >>> KTM Bangunkan Motosikal Elektrik Aras Mula, Dijangka Lancar 2024

Pulau Pinang Stesen Pengecas Motosikal Elektrik - 3
Pulau Pinang Stesen Pengecas Motosikal Elektrik - 4

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, pendekatan itu bertujuan mempromosikan penggunaan E-motosikal selari dengan visi pengurangan 50 peratus karbon di Pulau Pinang menjelang 2030.

Katanya, Kerajaan Negeri juga mempelawa pengeluar e-motosikal tempatan dan syarikat penghantaran barangan atau makanan untuk bekerjasama dalam menyediakan lebih banyak stesen pengecasan percuma.

Pendekatan itu akan mempercepatkan dan menggalakkan lebih ramai orang menggunakan kenderaan emisi karbon rendah.
Kadar penggunaan motosikal konvensional di Pulau Pinang dijangka mencecah 1 juta unit. Bagaimanapun, e-motosikal kurang dari 1 peratus dari jumlah tersebut.

BACA >>> MBPP: Tiada Lesen Dikeluarkan untuk e-Skuter Pulau Pinang

Pengarah Eclimo, Liew Chun Peng berkata:

"Justeru kami mengambil inisiatif memperkenalkan penggunaan skuter elektrik kepada 50 penghantar makanan di negeri ini sebagai projek perintis, pada masa sama membantu golongan sasar menambah pendapatan.

"Kami turut melihat kemudahan stesen pengecasan percuma seperti ini boleh memberi keyakinan kepada mereka untuk menggunakan kenderaan elektrik sekali gus meringankan kos bahan api yang terpaksa mereka tanggung.”

BACA >>> Kes Pemandu SUV Maut Jatuh Jambatan Pulau Pinang, Lelaki Dipenjara 3 tahun, Denda RM10k

SUMBER: Harian Metro | MBPP

Related

252
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bandar Rendah Karbon, Eclimo, Kenderaan Elektrik (EV), motosikal elektrik, Pulau Pinang, roda2, Stesen Pengecas Motosikal Elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev