• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Espargaro Sia-Siakan Peluang Naik Podium, Quartararo Juara GP Catalunya 2022

Espargaro Sia-Siakan Peluang Naik Podium, Quartararo Juara GP Catalunya 2022

June 7, 2022 By Shawkath Leave a Comment

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ALEIX Espargaro mensia-siakan peluang berada di podium di tanah air sendiri selepas dia tersilap anggap GP Catalunya sudah tamat, pada ketika saingan masih berbaki satu lap.

Pelumba Aprilia Racing itu mendominasi perlumbaan pada hujung minggu lalu tetapi masih gagal memintas Fabio Quartararo tetapi berada di depan duo Pramac Ducati, Jorge Martin dan Johann Zarco.

BACA >>> Yamaha di Hati, Quartararo Sambung Kontrak Hingga 2024!

A mistake we've seen before and one we'll surely see again 🛑@AleixEspargaro's incredible weekend at his home GP fell victim to human error 😢#CatalanGP 🏁 pic.twitter.com/vVpK3qWJAx

— MotoGP™🏁 (@MotoGP) June 5, 2022

Sebaik melepasi Selekoh 1, Espargaro mula melambai-lambai kepada penonton dengan pelumba lain segera memintasnya. Espargaro mula berasa pelik dan menyedari kesilapan tersebut.

Dia kemudian menyambung saingan tetapi mampu menamatkan pelumbaan di tempat kelima sebelum duduk di sudut garaj dengan rasa sesal.

BACA >>> Espargaro: "Tanpa Aku, Belum Tentu Aprilia Boleh Capai Tahap Macam Sekarang"

Espargaro berkata:

“Aku minta maaf. Satu-satu perkara yang boleh aku katakan, minta maaf kepada pasukanku. Ini silap aku.”

Hold your head high, @AleixEspargaro! 🙌

You have been WORLD CLASS all weekend, you're still in this fight! 👏💪#CatalanGP 🏁 pic.twitter.com/em5WDXGclw

— MotoGP™🏁 (@MotoGP) June 5, 2022

Sebenarnya, Espargaro bukan pelumba pertama melakukan kesilapan tersebut. Sebelum ini, Kenny Roberts pernah melakukan perkara sama pada 2006 dan Julian Simon (2009).

Semua kejadian itu menunjukkan satu paten sama, dengan pelumba salah faham mengenai baki lap mengikut menara pemasaan dan bukannya melihat pada papan pit masing-masing atau bendera pelepas (chequered flag).

Espargaro dikatakan kerap gagal melihat papan pit menyebabkan dia lebih bergantung kepada menara pemasaan untuk kiraan lap.

Espargaro menyatakan:

“Orang (tim) saya (dengan papan pit) ialah yang terawal (keluar ketika selekoh terakhir). Jadi, ada beberapa lap aku tak cukup masa untuk memandang pada lap (baki pusingan pada papan pit) serta jurang masa dengan Martin.

“Aku sibuk berusaha sedaya upaya jadi aku cuma pandang jarak (masa) dengan Martin, +0.6, pastu aku pandang menara dan nampak L1.

“Jadi, aku pun buat satu lagi pusingan dan terlupa bahawa kalau kat Barcelona, lap terakhir ialah 0 dan bukannya 1. Dan aku lepaskan terotal di laluan lurus.

“Jadi, aku minta maaf sangat-sangat kepada pasukan aku. Aku tak ada kelajuan macam Fabio untuk menang. Tapi, kalau aku mahu tewaskan dia dalam setiap kejohanan, aku tak boleh buat silap macam ini. Aku hilang 9 mata (tambahan), aku minta maaf sangat-sangat.”

Espargaro masih kekal di tempat kedua kutipan mata untuk bergelar juara dunia, di belakang Quartararo dengan ketinggalan 22 mata.

BACA >>> Yamaha Janjikan YZR-M1 yang Lebih Laju Punca Quartararo Sambung Kontrak
BACA >>> Oliveira Julang KTM Juara GP Sepanyol, Quartararo Kena Penalti Sebab Tayang Dada
BACA >>> Sah! Suzuki Bincang dengan Dorna Hasrat Tinggalkan MotoGP Akhir Musim Ini

SUMBER: Crash

Related

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2022 GP Sepanyol, 2022 MotoGP, Aleix Espargaro, Aprilia Racing, GP Catalunya, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my