SUZUKI memberi nafas baharu untuk model Hayabusa edisi 2023 dengan pengenalan pilihan warna baharu ke pasaran antarabangsa.
Pembaharuan untuk edisi 2023 hanya melibatkan pengenalan tiga skim warna baharu tetapi tiada perubahan melibatkan aspek mekanikal.
BACA >>> Suzuki Malaysia Lancar Model Legenda Hayabusa, V-Strom 1050XT
BACA >>> Selepas Filipina, Suzuki Hayabusa Baharu Lancar di Thailand, Harga RM114k
Tiga warna baharu itu ialah
- Metallic Matte Black / Glass Sparkle Black (serba hitam)
- Metallic Thunder Grey / Candy Daring Red (kelabu merah)
- Pearl Vigour Blue / Pearl Brilliant White (biru putih)
Hayabusa ialah model generasi ketiga yang dilengkapkan pakej elektronik termaju seperti mod kawalan traksi sudut-sensitif, ABS mirisng sudut-sensitif, tiga mod kuasa, quickshifter dua-hala, kawalan jelajah dan pengehad halaju, dan kawalan luncur tiga tahap yang dikawal menerusi suis pada panel meter TFT warna penuh.
BACA >>> Suzuki India Tutup Sementara Tempahan Hayabusa (2021) Sebab Laris Sangat
Suzuki Hayabusa kekal dengan spesifikasi seperti model sedia ada dan berikut ialah perinciannya:
- Dijana enjin 4-lejang 4-silinder 1,340cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 188hp @ 9,700rpm dan tork 150Nm @ 7,000rpm, serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan jenis sirat malar (constant-mesh).
- Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock (belakang).
- Sistem brek cakera kembar Brembo Stylema dengan kaliper 4-piston (depan) dan cakera tunggal dengan kaliper 1-piston (belakang)
- Tayar 120/70Z R17 M/C (58W) di depan dan 190/50Z R17 M/C (73W) di belakang
- Tinggi pelana 800mm, kapasiti tangki minyak 20 liter, berat kerb 264kg, jarak lega bumi 125mm
BACA >>> Suzuki Hayabusa, Yamaha YZF-R6 Pula Dijumpai Tersadai di India
BACA >>> #BikinMotor: Siapa Sangka Bajaj Pulsar 220 Boleh Jadi Suzuki Hayabusa GSX1300R!
BACA >>> #TahukahAnda: Ramai Tak Tahu 'Suzuki Hayabusa' Sudah Dielektrikkan Lebih Sedekad Lalu
SUMBER: BikeWale
Leave a Reply