• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Myvi Mengaku Imam Mahdi Positif Dadah

Pemandu Myvi Mengaku Imam Mahdi Positif Dadah

June 7, 2022 By Farah Leave a Comment

654
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEORANG pemandu Myvi yang tular di media sosial mengaku Imam Mahdi selepas terlibat dalam kemalangan lima buah kenderaan di Kilometer 243.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, Seremban, pada Ahad, dipercayai positif dadah.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, urin lelaki berusia 28 tahun itu telah diambil dan didapati positif dadah.

BACA >>> Cuak Diperiksa Polis, Pasangan Kekasih Positif Dadah Nekad Lawan Arus Sampai Terbabas

Menurutnya, kemalangan jam 10.40 pagi itu dipercayai berlaku apabila Myvi dipandu lelaki tersebut hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun yang berada di hadapannya

“Pelanggaran tersebut menyebabkan Toyota Avanza turut hilang kawalan sehingga berpusing beberapa kali serta terbabas ke lorong kiri lalu melanggar dua lagi kenderaan iaitu Proton Saga dipandu wanita berusia 40 tahun dan Proton Persona yang dipandu lelaki berusia 35 tahun."

Nahas itu bagaimanapun turut menyebabkan tayar kiri Toyota Avanza tercabut, lalu terpelanting masuk ke laluan arah bertentangan dan terkena sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu lelaki berusia 32 tahun.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

Oleh itu, pihak polis percaya pemandu itu memandu di bawah pengaruh dadah sebelum berlaku kemalangan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59.

Turut tular di media sosial, paparan video sekumpulan lelaki bermotosikal menyergah pemandu Myvi tersebut yang kelihatan tidak waras memandangkan pemandu itu tiba-tiba mengaku sebagai Imam Mahdi dan mengucap kalimah syahadah.

Malah, mereka turut menemui sebotol perkakas yang berbentuk aneh dipercayai untuk menghisap dadah.

BACA>>> Pemandu Langgar 9 Kereta Memang Sawan, Bukan Mabuk!
BACA>>> Mangsa Terkial-Kial Buka Pintu, Saksi Kemalangan Tengok Je...

SUMBER: Utusan

Related

654
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Dadah dan pemandu, kemalangan PLUS, Myvi, Nanda Maarof

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my