• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: 10 Tip Elak Mengantuk ketika Menunggang Jarak Jauh

#ApaNakBuat: 10 Tip Elak Mengantuk ketika Menunggang Jarak Jauh

June 19, 2022 By Wahid Leave a Comment

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI sering mengaitkan situasi mengantuk dengan pemandu kenderaan empat roda seperti kereta dan lori, tetapi faktanya, penunggang motosikal juga tidak terkecuali. Tambahan lagi jika musim panas, memang mudah rasa mengantuk jika menunggang jarak jauh.

Ramai mungkin sudah tahu tentang bahaya mengantuk ketika menunggang. Ini kerana menunggang memerlukan fokus sepenuhnya sepanjang masa kerana risiko kemalangan dan kecederaan adalah lebih besar berbanding kenderaan empat tayar ata jalan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Konvoi Motosikal? Buat 12 Tip Asas Ini Dulu!

Kami kongsikan 10 tip apa yang perlu dilakukan penunggang jika mengantuk ketika menunggang.

1. Berhenti dan Rehat

Ini cara paling baik dan selamat. Sebenarnya, buat apa pun tidak berguna jika badan dan otak kita sudah lesu, memang tetap mengantuk dan hilang fokus.

Apabila ini berlaku, lebih baik berhenti saja dan berehat sekejap. Tetapi pilihlah tempat berhenti yang selamat seperti stesen minyak yang ada kerusi dalam kedai atau kawasan Rehat dan Rawat (RnR). Pastikan segala barang yang dibawa bersama selamat.

2. Hidrasi

Badan yang mengalami dehidrasi, atau kekurangan air dalam badan akan membuatkan kita lebih cepat hilang fokus dan mengantuk. Ini kerana badan menghasilkan lebih banyak hormon melatonin yang menyebabkan mengantuk apabila kekurangan elektrolit.

Elektrolit ialah air garam dalam badan yang membolehkan sel-sel berhubung. Hormon melatonin membuatkan kita mengantuk supaya badan dapat berehat. Jadi, pastikan minum banyak air ketika menunggang. Kami pernah memaparkan artikel mengenai apa yang patut diminum ketika menunggang sebagai panduan.

BACA >>> #TahukahAnda: Nak Menunggang Jauh? Apa yang Boleh, Tak Boleh Minum?

3. Senam Ringan dan Regang Otot

Anda sepatutnya buat senaman ringan dan 'stretching' sebelum memulakan perjalanan sebagai isyarat kepada otot dan otak supaya  'bangun'. Anda juga lebih relaks kerana otot tidak tegang ketika menunggang. Ini sama juga apabila anda rasa mengantuk ketika menunggang. Berhentikan motosikal, dan lakukan beberapa senaman ringan.

4. Makanan yang Ringan Sahaja

Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana ada banyak makanan enak dan unik seluruh negara. Jadi aktiviti berkonvoi ke sana-sini banyak menumpukan kepada aktiviti menikmati makanan lazat seperti 'breakfast ride', 'ride udang galah', dan sebagainya.

Sebenarnya, makanan berat seperti nasi dengan lauk pedas dan berminyak akan membuatkan kita mengantuk lebih cepat. Jadi, janganlah makan terlalu kenyang. Namun, ini terpulang kepada tahap fizikal seseorang individu. Ada jenis mudah mengantuk, dan ada tidak. Gunalah pertimbangan sendiri.

5. Pakai Palam Telinga (Earplug)

Ramai mengecam apabila kami siarkan artikel mengenai keperluan memakai palam telinga (earplug) ketika menunggang.

Masalahnya ramai tidak pernah mencuba dan terus menghukum. Tetapi tidak apalah, terpulang kepada diri masing-masing. Pemakaian earplug dapat mengurangkan stres disebabkan bunyi bising yang menjadikan anda mengantuk. Penulis sudah memakai earplug selama 10 tahun dan tidak pernah mengalami situasi mencemaskan kerana 'tidak dapat dengar'.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Patut Pakai Palam Telinga?

6. Gunakan Peranti Bluetooth

Motosikal tidak dipasangkan radio (kecuali model jelajah seperti Gold Wing, Electra Glide, R 1250 RT, K 1600, dan sebagainya), tetapi bukan bermaksud kita tidak dapat menikmati lagu ketika menunggang. Caranya, pasanglah peranti Bluetooth pada helmet.

Pengunaan peranti itu dapat memainkan lagu (boleh karok sekali) dan berkomunikasi dengan rakan yang juga menggunakan peranti tersebut. Anda juga boleh buat panggilan telefon. Tetapi tahap bunyi didengari itu janganlah terlalu kuat hingga tidak kita tidak dapat dengar bunyi persekitaran.

7. Mulakan Perjalanan Lebih Awal/Lewat

Cuaca panas mudah membuatkan kita mengantuk. Jadi bertolaklah pada waktu lebih awal. Malah, udara pun lebih segar dan nyaman, dan masih belum banyak trafik lain atas jalan. Anda boleh juga bertolak lewat petang tetapi pastikan tidak rasa mengantuk pada waktu malam kerana sudah biasa dengan waktu tidur.

8. Buka Visor Helmet

Jika pakai helmet muka penuh (full-face), bukalah visor sedikit untuk merasakan angin di muka. Selain itu, jika memakai balaklava muka penuh, boleh basahkan penutup muka itu dan pakai semula. Rasa sejuk di muka boleh membuatkan kita lebih segar.

9. Ubah Kelajuan/Jalan

Kta mungkin bosan apabila mengikut haluan atau kelajuan sama untuk jarak jauh. Jadi, ubahlah kelajuan dan laluan jalan jika mengantuk. Contohnya, kita bosan di lebuh raya lurus. Jadi apa kata ambillah jalan lama yang berselekoh. Ini membolehkan otak memproses maklumat berbeza.

10. Fikir Positif

Tip ini mungkin nampak remeh, tetapi sebenarnya sangat berkesan. Jika selalu merungut pasal penat atau mengantuk, kita memang rasa penat dan mengantuk.

Sebaliknya, jika fikir positif, contohnya, "Masih ada 100km lagi, tetapi aku sudah lepas 200km," kita pasti lebih gembira. Penulis pernah menunggang dengan rakan yang asyik mengeluh penat dan minta berhenti. Akhirnya kami sampai di Pulau Pinang dari Kuala Lumpur dalam 8 jam walaupun menunggang motosikal besar!

BACA >>> #ApaNakBuat: 2 Tip Mudah Hilangkan Calar, Retak Panel Meter Motosikal

Related

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, Mengantuk Ketika Menunggang, tip

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev