• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota GR Corolla Morizo Edition - Model Edisi Terhad Tanpa Kerusi Belakang yang Buas!

Toyota GR Corolla Morizo Edition - Model Edisi Terhad Tanpa Kerusi Belakang yang Buas!

July 10, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

422
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


COROLLA ialah model yang sangat penting buat Toyota. Buat masa ini, Corolla dikenali sebagai sedan famili dan antara seteru utama ialah Honda Civic.

Berdekad lalu, Corolla memainkan peranan penting buat Toyota dalam sukan permotoran, termasuk menjadi model kerap disebut ramai, iaitu Levin AE86, yang juga berada dalam famili besar Corolla.

BACA >>> 5 Ciri Toyota GR Corolla (2022) yang Lebih Berkuasa daripada GR Yaris!
BACA >>> GRMN Yaris (2022) Lancar dengan Ekstra Kuasa, Lebih Eksklusif Berbanding GR Yaris!

Satu fakta penting, Corolla TE25 ialah model Toyota pertama yang memenangi Kejuaraan Rali Dunia (WRC) 1973, manakala Corolla Levin menjuarai rali 1,000 Lakes Rally, dua tahun kemudian.

Mengingatkan kembali takhta dan posisi penting Corolla, Toyota memperkenalkan GR Corolla pada April lalu. Senang cakap, Corolla ada banyak khazanah berbanding GR Yaris yang kini menjadi ayam tambatan buat Toyota dalam sukan permotoran.

Lebih hangat, Toyota GAZOO Racing (TGR) pada 1 Jun lalu memperkenalkan GR Corolla Morizo Edition yang diperkenalkan di Jepun serentak dengan Amerika Syarikat (AS). Toyota turut memperkenalkan GR Corolla RZ di Jepun.

Tahukah anda, individu penting di sebalik GR Corolla Morizo Edition ialah Presiden Toyota sendiri, Akio Toyoda yang dipanggil Master Driver Toyota dengan nama samaran 'Morizo' dalam perlumbaan. Beliau juga memainkan peranan penting dalam pembangunan prototaip model tersebut.

GR Corolla juga menjadi produk paling dimahukan Toyoda supaya Corolla tidak menjadi produk biasa yang disanjungi hanya kerana populariti. Buktinya, Toyoda sudah menang berganda dengan GR Corolla dan GR Corolla Morizo.

Berikut ciri GR Corolla Morizo Edition:

  • Kekal dengan enjin 3-silinder 1.6L Turbo G16E-GTS berkuasa 302hp @ 6,500 rpm.
  • Tork maksimum dipertingkat daripada 370Nm (3,000-5,550rpm) kepada 400Nm @ 3,250-4,600rpm.
  • Prestasi pecutan ditambah baik dengan peningkatan tork pada julat pertengahan rev enjin (rpm).

  • Kerusi penumpang belakang ditanggalkan untuk mengurangkan berat.
  • Berat 1,440kg berbanding 1,470kg pada GR Corolla RZ.
  • Badan lebih kuat dengan tambahan perekat struktur 3.3 meter dan tambahan pendakap pengukuhan badan.
  • Tinggi 1,475mm berbanding 1,480mm pada GR Corolla RZ.
  • Kekal dengan transmisi iMT 6-kelajuan. Nisbah gear lebih rapat pada gear pertama, kedua dan ketiga.
  • Nisbah gear GR Corolla Morizo (1-6 dan undur): 3.214 / 2.238 / 1.592 / 1.162 / 1.081 / 0.902 / 3.557.
  • Nisbah gear GR Corolla RZ (1-6 dan undur): 3.538 / 2.238 / 1.535 / 1.162 / 1.081 / 0.902 / 3.831.
  • Nisbah pengurangan 1-4/5,6 dan undur: 4.250 / 3.578 (GR Corolla Morizo) 4.058 / 3.45 (GR Corolla RZ).

  • Tayar cengkaman tinggi dengan saiz lebih lebar untuk esktra kestabilan di selekoh dan prestasi pembrekan lebih baik.
  • Tayar GR Corolla Morizo: 245/40R18 Michelin Pilot Sport Cup 2.
  • Tayar GR Corolla RZ: 235/40R18 Yokohama ADVAN Apex V601.
  • Rim aluminium tempa BBS dengan logo TGR.
  • Kerusi depan semi-buket eksklusif GR.
  • Aksen pintu, kluster instrumen dan sebagainya dalam warna cast-black dan stereng dibalut material Ultrasuede®.
  • Warna badan eksklusif Matte Steel.
  • Cermin depan tertera tandatangan Morizo.

Toyota belum memaklumkan harga, tetapi pembelian di Jepun boleh dibuat menerusi cabutan dan hanya ditawarkan dalam jumlah terhad.

BACA >>> Toyota Sienna 25th Anniversary Edition - Minivan Kegemaran Amerika Ini Cuma Ada 2,525 Unit!
BACA >>> Permintaan Jadi Realiti, Toyota GR Supra Manual 6-Kelajuan Diperkenal!

Toyota GR Corolla Morizo Edition:
Toyota GR Corolla Morizo Edition dan GR Corolla RZ:

Related

422
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Akio Toyoda, Roda4, Toyota, Toyota Corolla, Toyota Gazoo Racing (TGR), toyota gr corolla, Toyota GR Corolla Morizo Edition, Toyota GR Corolla RZ

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my