MODENAS nampaknya sudah memulakan hebahan dan kempen promosi mengenai laman Facebook baharu Kawasaki Malaysia sebentar tadi. Adakah ini petanda ada pelancaran dalam masa terdekat?
Umum diketahui, anak syarikat Modenas, EMOS dilantik sebagai pengedar rasmi motosikal Kawasaki di Malaysia selepas menjadi ‘ahli keluarga’ pengeluar motosikal dari Jepun itu.
BACA >>> Modenas Ninja Bakal Jadi Kenyataan, EMOS Sah Pengedar Rasmi Kawasaki di Malaysia!
BACA >>> Orang Kuat Kawasaki Jepun: "Penunggang Motosikal Malaysia Suka Full-Throttle!"
BACA >>> Kenapa Kawasaki Tak Nak Hasilkan Kapcai?
Laman Facebook itu dibuka pada 27 April lalu dengan imej model sportbike Ninja yang diselubungi tona gelap dan lampu utama dinyalakan. Daripada semakan dibuat, kami berpendapat model dalam foto itu mungkin Kawasaki Ninja 650 yang dilengkapi aksesori tambahan winglet Puig seperti foto di bawah ini:
Seingat kami, Modenas suatu masa dulu pernah menyatakan rancangan menawarkan motosikal Kawasaki bawah 700cc di Malaysia.
Apapun, itu cerita ketika debut Modenas Ninja 250 dan situasi semasa mungkin saja boleh berubah. Mana tahu, Modenas-Kawasaki akan menawarkan barisan lengkap Ninja 250, 400 dan 650 kelak. Ini cuma satu andaian, kena tunggu pengumuman rasmi nanti.
Apa kata anda?
BACA >>> CEO Modenas: ZX-25R CKD Belum Muktamad, Supermoped Kena Tunggu 2-3 Tahun!
BACA >>> CEO Modenas: Model Kawasaki-Modenas untuk Bawah 700cc Sahaja, Bajaj Kekal
BACA >>> Modenas-Ninja 250 CKD Debut Suku Pertama 2022, EMOS-Kawasaki Mula Operasi Tahun Depan
BACA >>> Ini Betul-Betul Bukan Cobaan, Modenas Ninja 250 ABS Bakal Lancar di Malaysia!
Leave a Reply