• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Janjikan YZR-M1 yang Lebih Laju Punca Quartararo Sambung Kontrak

Yamaha Janjikan YZR-M1 yang Lebih Laju Punca Quartararo Sambung Kontrak

June 3, 2022 By Shawkath Leave a Comment

952
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JUARA dunia MotoGP, Fabio Quartararo bukan hanya berbincang dengan Yamaha mengenai hala tuju musim 2023. Namun, janji Yamaha Monster Energy untuk menyelesaikan isu kuasa jentera YZR-M1 mendorong pelumba Perancis itu kekal bersama pasukan pengilang itu.

Quartararo membawa harapan Yamaha secara berseorangan sejak mantan rakan sepasukan, Maverick Vinales muncul juara di aksi pembukaan Qatar musim lalu menerusi YZR-M1.

BACA >>> Yamaha di Hati, Quartararo Sambung Kontrak Hingga 2024!
BACA >>> Jika YZR-M1 Masih Masalah, Quartararo Tinggalkan Yamaha?

Ketika meminta jentera 2022 ditambah kelajuan maksimum, Yamaha seakan enggan menerima sebagai faktor penting dan memutuskan menawarkan jentera tanpa perubahan signifikan.

Hasilnya, Quartararo bergelut beberapa pusingan awal dan mula mempersoalkan masa depan bersama pasukan itu. Namun, selepas muncul juara dalam pusingan kelima MotoGP 2022 di Portimao (Portugal), dia cuma terlepas satu kedudukan podium, tetapi masih mendahului kutipan mata untuk memburu gelaran juara tahun ini.

Rakan sepasukan, Franco Morbidelli pula menduduki ranking ke-19 musim ini, sekali gus meletakkan Yamaha dalam situasi bahaya jika Quartararo nekad ‘angkat kaki’.

BACA >>> Rossi Akui Yamaha M1 Susah Bersaing Jika Tidak Bermula Dari Depan

Quartararo berkata;

Ini bukan keputusan mudah. Dan kami ambil sikit masa untuk menilai keseluruhan projek (menandatangani kontrak baharu selama dua tahun).

“Seperti kau dapat bayangkan, kami bukan hanya berbincang dengan Yamaha. Pada satu tahap, kepala aku dah ke tempat lain dan seminggu kemudian, aku mahu ke (tempat lain) dan ia payah sikit.

“Asasnya, misi pertama aku adalah dapatkan motor dan projek terbaik. Dan Yamaha yakinkan aku (untuk kekal) kerana dia orang akan bawa orang baru, barisan jurutera dan dia orang tau secara tepat kat mana perlu buat penambahbaikan.”

Quartararo kini berada antara 10-12kmj lebih perlahan berbanding jentera terpantas musim ini.

BACA >>> Rossi: Quartararo yang Buat Yamaha Berbeza
BACA >>> Quartararo dan Vinales: Ini Masalah Sebenar Yamaha YZR-M1

El Diablo berkata lagi;

Sebelum ini, mungkin dia orang buat perubahan di beberapa bahagian, tapi tak terima (hakikat) motor tu masih perlahan berbanding lain. Dan kini, dia orang tahu dan akan tambah baik poin kelemahan ini.

“Untuk adil, aku rasa cukup baik atas motor tu. Sudah tentu setiap rider sentiasa mahu lebih banyak. Tapi satu-satunya perkara yang kami hilang berbanding lain ialah kelajuan.

“Jadi, itu buatkan aku ambil keputusan untuk kekal bersama Yamaha. Aku tahu dia orang sedang berusaha beri lebih banyak kuasa dan aku rasa baik atas motor tu.

“Aku memang amat gembira sebab dia orang (kini) betul-betul faham dan sedang buat yang terbaik cari apa yang kami hilang. Ramai orang, jurutera, akan teliti aspek enjin dan buat kerja perubahan pada bahagian motor tu.”

Pasukan jurutera tambahan yang akan dipindahkan ke projek YZR-M1 itu datang dari Yamaha dan bukan diambil daripada pesaing. Ini disahkan Quartararo sendiri.

Dia orang sudah ada dalam Yamaha.”

BACA >>> Jentera Yamaha YZR-M1 Rosak Selepas Baru Lima Pusingan Buat Rossi Tergelak
BACA >>> Rossi: Dulu Ramai Cakap Menang Sebab Honda, Jadi Aku Pindah ke Yamaha
BACA >>> Quartararo Dapat Yamaha M1 Spec Baharu MotoGP 2022, Sedia Cabar Ducati?
BACA >>> Espargaro: "Tanpa Aku, Belum Tentu Aprilia Boleh Capai Tahap Macam Sekarang"

SUMBER: Crash.net

Related

952
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2022 MotoGP, autoterkini, el Diablo, Fabio Quartararo, Monster Energy Yamaha MotoGP, MotoGP 2022, Yamaha YZR-M1 (2022)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev