• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Maut Dilanggar Lori ketika Tukar Tayar Pancit, Dashcam Jadi Bukti Drebar Laju!

Dua Maut Dilanggar Lori ketika Tukar Tayar Pancit, Dashcam Jadi Bukti Drebar Laju!

June 3, 2022 By Farah Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUA lelaki maut ketika sedang menukar tayar kereta jenis Proton Preve yang pancit di KM11.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur dekat Bukit Rotan, Kuala Selangor apabila dirempuh sebuah lori, semalam.

Dalam insiden jam 4 petang itu, dua mangsa itu, masing-masing berusia 55 tahun dan 40 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian.

Nahas itu turut dirakamkan kamera pemuka (dashcam) milik seorang pengguna jalan raya di situ yang menjasi saksi lori tersebut dipandu laju dan melulu sebelum merempuh dua mangsa.

Dalam insiden itu, beberapa kakitangan wanita Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat berada di belakang Preve berkenaan, manakala seorang kakitangan lelaki KKM berada di sisi kereta tersebut.

Mangsa lelaki berusia 40 tahun yang memandu Proton Wira dikatakan berhenti dan datang ke tempat kejadian untuk membantu menukar tayar Preve. Bagaimanapun hajat baiknya tidak kesampaian apabila mangsa bersama kakitangan lelaki KKM itu dilanggar.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, sebuah lori dari arah Kuala Selangor ke Kuala Lumpur dipercayai mengelak ke kanan selepas melihat beberapa orang di bahu kiri jalan.

Pada masa sama, sebuah kereta Mercedes datang dari arah belakang sebelah kanan lori (titik buta) menyebabkan pemandu lori cuba mengelak kereta ini. Kenderaan berat itu kemudian melanggar kedua-dua mangsa di tepi jalan," katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat kedua-duanya dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA>>> JPJ: Kenderaan Berat Lebih 7.5kg Dilarang Masuk KL Waktu Puncak
BACA>>> Wanita 'Kerek' Letak Tong Sampah Halang Kereta Lalu Jalan Depan Rumah

SUMBER: HarianMetro

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Dashcam, kemalangan maut, lori pembunuh jalanan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev