• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Polestar 2 BST Edition 270 (2022) - Contoh EV yang Diubah Suai Secara Rasmi!

Polestar 2 BST Edition 270 (2022) - Contoh EV yang Diubah Suai Secara Rasmi!

July 12, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLESTAR
dan Volvo ialah dua jenama seiring dalam sukan permotoran. Pada 2017, Polestar ditransformasi sebagai pengeluar kenderaan yang menawarkan model elektrik premium.

Antara model elektrik ditawarkan ialah Polestar 1 (2019 - 2021) dan Polestar 2. Sebagai jenama berasaskan prestasi, DNA tersebut masih dipegang hingga kini.

BACA >>> Polestar 2 Tunjuk Apa Akan Berlaku Terhadap Bateri EV Jika Kemalangan

Terbaharu, Polestar meluaskan produk talaan Polestar Engineered dengan menawarkan Polestar 2 BST Edition 270 (2022). Projek itu memanfaatkan pengalaman talaan puluhan tahun dan menjadi model elektrik Polestar paling dinamik setakat ini.

Seperti tertera pada nama, hanya 270 unit dikeluarkan untuk pasaran Eropah, Amerika Utara dan China. Apa Polestar buat adalah mengubah suai bahagian mekanikal dan rekabentuk. Berikut perincian Polestar 2 BST Edition 270 (2022):

  • Didatangkan dengan dua motor dan bateri 78kWh yang menawarkan tork lebih tinggi, 680Nm (tambahan 20Nm), dan respons dipertingkat.
  • Sebelum ini, Polestar pernah menawarkan Performance Pack yang siap dengan brek Brembo, suspensi Öhlins DFV, rim 20 inci dan perisian dinaik taraf. Cuma, Polestar 2 BST ialah model terhad.
  • Badan kereta direndahkan kepada 25mm, atau secara spesifik casis Polestar 2 BST menggunakan suspensi Öhlins dengan spring 20 peratus lebih kuat dan palang braket depan.
Polestar 2 BST edition 270.22
Polestar 2 BST edition 270.13
  • Rim 21 inci dengan rekaan ala Polestar 1, dan dibalut tayar khas, Pirelli P Zero saiz 245/35 serta dipadankan brek Brembo standard 4-piston.
  • Ditawarkan dalam dua warna: Thunder atau Snow dengan tona kabin Charcoal WeaveTech.
  • Badan kereta nampak labuh kerana bampar dan skirt sisi dicat penuh supaya tidak nampak seperti crossover.
  • Grafik badan hitam bukan ciri wajib. Polestar turut menawarkan balutan penuh satin Battleship Gray.
  • Ada elemen signatur warna Swedish Gold kekal pada kaliper brek, komponen absorber, penutup tiub dan tali keledar.
  • Harga ditawarkan bermula AS$76,900 (RM337,280).

BACA >>> Polestar O2 - Roadster Elektrik yang Cantik dengan Dron di Belakang!
BACA >>> Luar Biasa! 2,000 Unit Polestar 2 Ditempah dalam Masa 2 Jam Sahaja di Korea!

Polestar 2 BST edition 270.01
Polestar 2 BST edition 270.02
Polestar 2 BST edition 270.03
Polestar 2 BST edition 270.04
Polestar 2 BST edition 270.05
Polestar 2 BST edition 270.06
Polestar 2 BST edition 270.07
Polestar 2 BST edition 270.08
Polestar 2 BST edition 270.09
Polestar 2 BST edition 270.10
Polestar 2 BST edition 270.12
Polestar 2 BST edition 270.14
Polestar 2 BST edition 270.13
Polestar 2 BST edition 270.15
Polestar 2 BST edition 270.16
Polestar 2 BST edition 270.17
Polestar 2 BST edition 270.18
Polestar 2 BST edition 270.19
Polestar 2 BST edition 270.20
Polestar 2 BST edition 270.22

 

Related

91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Polestar, Polestar 2, Polestar 2 BST Edition 270, Roda4, Volvo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev