• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Espargaro: "Tanpa Aku, Belum Tentu Aprilia Boleh Capai Tahap Macam Sekarang"

Espargaro: "Tanpa Aku, Belum Tentu Aprilia Boleh Capai Tahap Macam Sekarang"

June 1, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ALEIX Espargaro percaya Aprilia belum tentu mampu berada pada kedudukan sebegini pada MotoGP musim ini tanpa dirinya. Pelumba Sepanyol itu kini sudah lima kali memijak pentas podium sepanjang musim 2022.

Espargaro muncul juara GP Argentina sebelum mencatat kedudukan ketiga dalam empat aksi GP musim ini secara berturut-turut. Berikut jadual pencapaian pelumba itu setakat ini:

MotoGP 2022 bermula di Qatar sebelum ke Indonesia, Argentina, Amerika Syarikat, Portugal, Sepanyol, Perancis dan Itali. Sepanjang lapan aksi tahun ini, Espargaro mengumpul 118 mata dengan berada di ranking kedua untuk saingan merebut gelaran juara dunia. Dia cuma ketinggalan 8 mata berbanding pendahulu saingan, Fabio Quartararo (122 mata).

KESILAPAN GP ITALI

Espargaro dilaporkan bermasalah memintas pendahulu perlumbaan depan dan situasi itu dapat dilihat jelas di GP Itali. Dia terpaksa bersabar dan menunggu detik sesuai untuk memotong dua pelumba Ducati (Mooney VR46), Marco Bezzecchi dan Luca Marini.

Kesabaran menunggu menyebabkan dia terpaksa membazirkan 15 lap mengekori duo pelumba Mooney VR46 itu. Espargaro berkata;

Aku puas hati dengan keputusan ini. Aku sebenarnya impikan muncul juara tetapi tidak terdaya kerana hilang banyak masa (mengikuti) budak-budak VR46.

“Mereka memang lakukan tugas baik kerana mereka tidak begitu berpengalaman dan tidak buat kesilapan. Aku harapkan (mereka) ada kesilapan, tapi langsung tak ada. Memang susahlah aku nak potong dan aku rugi 15 lap sebab mereka.”

“Apabila dapat potong, ia sudah terlambat. Tapi masih hujung minggu yang menggembirakan untuk semua orang di Aprilia dan aku dah buat yang terbaik.”

Jentera Aprilia dikatakan antara jentera terbaik di grid, tetapi rakan sepasukan, Maverick Vinales gagal menyelit masuk dalam senarai lima pelumba teratas. Espargaro ada kelebihan kerana sudah membiasakan diri dengan jentera RS-GP berbanding Vinales.

TANPA AKU, SIAPALAH APRILIA

Espargaro percaya dia adalah sebab utama Aprilia berada di tengah saingan Kejuaraan Dunia MotoGP 2022. Pada masa sama, dia juga kurang pasti mampu mencapai keputusan seperti ini jika menaiki jentera lain.

Aku tak rasa Aprilia boleh perform hingga tahap ini tanpa aku, tapi aku juga ada banyak keraguan sama ada aku mampu perform macam itu juga kalau guna motor lain.

"Ini bukan tentang diri kau, ini pasal pasukan. Ia nampak macam sukan individu, hakikatnya bukan. Kita semua boleh lihat banyak team Factory tahun ini, ia berkait seorang pelumba atau lain, jadi ini mengenai campuran pelbagai perkara.

"Kami ada suasana amat baik di garaj dan kami sedang buat tugas baik. Ia masih terlalu awal dalam kejuaraan tetapi ya, misi aku adalah berjuang mendapat gelaran juara dan aku yakin mampu bertarung untuk gelaran kali ini.”

BACA >>> Naik Basikal Sampai Putrajaya, Espargaro Mohon Maaf Langgar SOP Covid-19
BACA >>> Espargaro: Siapa Tolak Tawaran Aprilia Pasti Menyesal
BACA >>> Espargaro Hairan Binder (yang Cuma Menang Moto3 Sekali) Dapat Terus Naik MotoGP
BACA >>> RNF Racing Jadi Pasukan Satelit Aprilia Musim Depan!

SUMBER: Crash

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2022 MotoGP, Aleix Espargaro, Aprilia, Aprilia Racing Team Gresini, Auto Terkini, MotoGP 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev