• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Prototaip Akhir Motosikal Elektrik Triumph TE-1 Debut 12 Julai Nanti!

Prototaip Akhir Motosikal Elektrik Triumph TE-1 Debut 12 Julai Nanti!

June 1, 2022 By Shawkath Leave a Comment

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TRIUMPH mengumumkan sudah melengkapkan ujian percubaan fasa akhir prototaip motosikal elektrik Triumph TE-1. Ujian tersebut adalah ujian fasa empat atau ujian sebenar.

Kini, Triumph memilih tarikh 12 Julai ini untuk mendedahkan sepenuhnya prototaip berkenaan, termasuk perincian teknikal, masa mengecas dan jarak tunggangan.

BACA >>> Triumph TE-1 - Sportbike Elektrik 174hp Sedia untuk Ujian Jalan Raya, Trek
BACA >>> MV Agusta Keluar Motosikal Elektrik 2027

Triumph TE-1 - 2
Triumph TE-1 - 4

Apa yang signifikanl, selepas 12 Julai nanti, orang ramai dapat memahami hala tuju dan pembabitan Triumph dalam sektor mobiliti elektrik menegnai apa bakal berlaku dengan industri motosikal masa depan.

Projek prototaip Triumph TE-1 melibatkan beberapa pihak seperti Williams Advanced Engineering, Integral Powertrain dan WMG, termasuk dibiayai agensi Kerajaan Britain. Setiap pihak menggalas tugas khas menjayakan pembangunan model tersebut.

BACA >>> #TahukahAnda: Ramai Tak Tahu 'Suzuki Hayabusa' Sudah Dielektrikkan Lebih Sedekad Lalu

Triumph TE-1 - 1
Triumph TE-1 - 2

Triumph TE-1 direka mirip model Triple Speed dengan dipasangkan swingarm sebelah. Ruang trenkuasa diisi pek bateri dan unit motor elektrik buatan Williams Advanced Engineering. Maklumat awal menyatakan bateri 15kWh itu boleh dicas 0-80 peratus dalam masa 20 minit.

Unit motor elektrik digunakan mampu menjana kuasa 130kW (177hp) dengan anggaran berat 10kg dan memiliki ciri kuasa regenratif ketika nyah pecutan dan Kawalan Traksi.

Triumph TE-1 Main
Triumph TE-1 - 1

Casis direka baharu menggunakan material aluminium dan dipadankan suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang. Jika model prototaip tiada sebarang isu, model pengeluaran itu dijangka mula dijual menjelang akhir 2023 atau awal 2024.

BACA >>> Dilema Ola S1 Pro, Skuter Kononnya Paling Maju India Hadapi Banyak Kes Fork Tercabut
BACA >>> Honda India Mahu Tiru Brazil Teroka Pasaran Motosikal Elektrik Harga Bajet
BACA >>> Thailand Perkenal Skuter EV, Bajaj Chetak Electric, Harga Belum Umum

SUMBER: Moto1Pro | VisorDown

Related

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: motosikal elektrik, roda2, Triumph, Triumph TE-1, Triumph Triple Speed

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev