• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hentak Cermin Sisi BMW, Tetiba Netizen 'Back Up' Penunggang

Hentak Cermin Sisi BMW, Tetiba Netizen 'Back Up' Penunggang

June 1, 2022 By Farah Leave a Comment

155
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG pengguna jalan raya berkongsi video kamera pemuka (dashcam) mengenai insiden penunggang menghentak cermin sisi sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) BMW menggunakan pengunci motosikalnya di Lebuhraya SPRINT, semalam.

Dalam rakaman itu, penunggang tersebut dilihat mengejar SUV itu sebelum mengeluarkan pengunci tersebut.

Tidak lama kemudian, motosikal dan BMW itu dilihat memperlahankan kenderaan dan saling bertengkar sebelum membawa haluan masing-masing. Pemilik dashcam turut berkongsi nombor plat motosikal tersebut di laman sosial. Bagaimanapun, punca pergaduhan tidak dapat dikenal pasti.

Namun, perkongsian video itu menerima pelbagai reaksi netizen yang percaya pasti ada alasan munasabah menyebabkan penunggang motosikal itu bertindak sedemikian.

Ada la salahnya tu, takkan tiba-tiba nak melantun brader motor tu...tapi kalau malaun BMW tu buat report, naya brader motor tu masuk lokap... Orang berduit ni lain macam permainan dia nanti," kata Fitri Lias.

"Selalu orang naik kereta mewah ni.. Dia besaq kepala.. Bawa keta macam jalan dia punya..," kata Muhd Krul Hanif.

"Dalam video nampak mat moto salah. Sebelum video, kita tak tahu apa kesalahan kereta atau moto. Apapun kesalahan tu, tak menghalalkan perbuatan merosakkan harta benda individu. Perbuatan salah tak boleh dibalas dengan perbuatan salah," kata Hakimi Hazizan.

"Entah la.. aku sokong penunggang motor.. tapi penunggang tu dah caught in action.. 😓," kata Tan Sri Chekwan.

BACA>>> Menteri: "BMW Tidak Boleh Nikmati Subsidi Bahan Api Macam Kancil"
BACA>>> BMW Potong di Laluan Kecemasan Ditahan Polis, Orang Belakang Sorak Sakan

Related

155
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BMW, Buli Jalan Raya, motorsikal, Rider

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev