BANYAK pengeluar motosikal mengambil keputusan memperbaharui model masing-masing dengan inovasi dan teknologi baharu, seperti sistem suntikan bahan api (FI) dan sistem bantuan penunggang.
Lain pula cerita Kawasaki yang masih menunjukkan minat menawarkan model dengan teknologi lama, khas untuk pelanggan di Asia Tenggara.
BACA >>> Kenapa Kawasaki Tak Nak Hasilkan Kapcai?
BACA >>> Modenas-Ninja 250 CKD Debut Suku Pertama 2022, EMOS-Kawasaki Mula Operasi Tahun Depan
Antara model itu ialah motosikal retro Kawasaki W175 yang ditawarkan di Thailand. Berikut perinciannya:
- Ada dua varian: Standard berharga 83,000 baht (RM10,610) dan Special Edition (SE) 86,000 baht (RM11,000)
- Model Standard berwarna Pearl Crystal White (putih).
- SE hadir dalam dua pilihan warna: Metallic Resplendent Silver (perak) dan Metallic Spark Black (hitam).
- Trenkuasa 4-lejang 2-injap silinder tunggal 177cc SOHC penyejukan udara, tetapi tiada data kuasa dikongsi.
- Menggunakan karburator Mikuni VM24 dengan kotak gear manual 5-kelajuan, manakala sistem penghidup jenis elektrik.
BACA >>> #ApaNakBuat: 6 Langkah Bersihkan Karburetor Motosikal
- Panel meter memaparkan spidometer dan odometer analog dengan indikator lampu sebelah kanan.
- Rim jejari 17 inci dengan tayar 80/100 (depan), dan 100/90 (belakang).
- Dimensi panjang 1,930mm, lebar 765mm, dan tinggi 1,030mm, manakala jarak roda 1,275mm, dan jarak lega bumi 165mm.
- Berat 126kg, tinggi pelana 780mm dan kapasiti tangki minyak 13.5 liter.
- Sistem brek cakera tunggal 220mm dengan kaliper dwi-piston (depan), dan brek dram 110mm (belakang).
- Fork teleskopik 30mm di depan, dan absorber kembar (belakang).
- Tiada sistem kawalan elektronik atau bantuan tunggangan.
- Model SE hadir dengan rim hitam, kemasan krom pada meter, pelana jenis tuck-and-roll, pad grip lutut, sirip enjin digilap dan grafik badan khas.
BACA >>> #TahukahAnda: Segala Tentang Rim Aloi yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #RetroAuto: Kenny Roberts - Pelumba GP Legenda yang Cipta Skil Seret Lutut
Leave a Reply