SEBELUM berlangsungnya aksi GP Itali 2022, pengeluar motosikal elektrik Energica ada mempertontonkan model elektrik terbaharu iaitu Experia.
Motosikal itu adalah model touring elektrik pertama selepas model sport Ego dan jentera naked Eva. Tempahan awal sudah dibuka dengan harga sekitar 28,000 Euro (RM131,679).
BACA >>> Energica Ego Sport Black - Sportbike Elektrik dengan Pecutan Jentera Lumba, 241kmj!
BACA >>> Jenama Motosikal EV Premium, Energica Akan Masuk Indonesia!
Berikut ialah perinciannya:
- Menggunakan teknologi platform yang dipanggil Green Tourer. Kiriman dijangka bermula pada musim luruh ini.
- Motor elektrik magnet jenis kekal dengan sistem sejukan cecair adalah hasil rekaan baharu. Perubahan juga membabitkan bahan kimia bateri dan desain casis.
- Tujuan untuk mengurangkan berat dan meningkatkan keupayaan kendalian tunggangan.
- Motor elektrik 306v menghasilkan kuasa berterusan 80hp pada 8,000rpm, menawarkan kuasa puncak 102hp pada 7,500rpm.
- Kuasa tork pula 115Nm hingga 900Nm! Kelajuan maksimum dihadkan kepada 180kmj. Pecutan ke 100km cuma 3.5 saat.
- Jarak tunggangan agak berbeza iaitu
- Bandar : 420km
- Laluan bercampur : 256km
- Urban lanjutan : 208km
- Ujian kitaran motosikal dunia (WMTC) : 222km
- Hadir dengan tujuh pilihan profil penggunaan yang dibahagi kepada dua kategori utama iaitu pratetapan (4 pilihan) dan kustom (tiga pilihan).
- Ada empat pilihan Pemetaan Enjin iaitu Urban, Eco, Wet dan Sport.
- Empat Pemetaan Pembrekan Janaan Semula Kuasa iaitu rendah, sederhana, tinggi dan tutup sepenuhnya.
- Teknologi Kawalan Kruise menggunakan brek janaan semula kuasa untuk mengekalkan kelajuan dan meningkatkan tenaga pembrekan.
- Ada enam tahap campur tangan Kawalan Traksi yang menyokong Kawalan Anti-Gelinciran pembrekan enjin dan Sistem Brek Anti-Kunci Pembelokan.
- Bateri litium polimer berkapasiti 22.5kWh (maksimum) dan 19.5 kWh (norminal).
- Experia ada integrasi alat pengecas bateri 3kW untuk kegunaan di rumah. Ada dua pilihan mengecas.
- Pengecas pantas DC Tahap 3 iaitu sejam cas memberi jarak 400km atau 6.7km setiap minit.
- Pengecas Tahap 2 (perlahan) sama ada mode 2 atau 3 menawarkan jarak 63.5km untuk setiap 60 minit cas.
- Casis diperbuat dari tiub keluli trellis dengan plat sisi aluminium manakala swingarm berasakan aloi aluminium.
- Rim 17 inci dengan tayar 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang).
- Sistem suspensi ZF Sachs. Fork depan jenis terbalik (USD) 43mm boleh laras dengan jarak travel 150mm. Monoshock belakang juga boleh laras (jarak travel 150mm).
- Sistem henti cakera berkembar 330mm kaliper 4-piston Brembo
dan cakera tunggal 240mm dengan kaliper dwi-piston. - Ketinggian pelana 847mm, jarak roda 1,513mm dan mempunyai berat 260kg.
- Jaminan motosikal 2 tahun manakala bateri hadir dengan waranti 3 tahun atau 50,000km (mana-mana tiba dulu).
BACA >>> Jenama Motosikal EV Premium, Energica Akan Masuk Indonesia!
BACA >>> MotoGP Sah Anjur MotoE 2019 - Perlumbaan Motosikal Elektrik Guna Jentera Energica EvoGP
BACA >>> Ducati Kongsi Video Tunggang Uji Prototaip MotoE di Itali
BACA >>> Ducati Dedah Prototaip Jentera Elektrik MotoE untuk Saingan MotoGP 2023
BACA >>> Ducati Akan Bekalkan Jentera Lumba Elektrik untuk MotoE Bermula 2023
SUMBER: Moto.It
Leave a Reply