• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha MT-15 V2 (2022) Laris di India, Jualan Bulan Pertama Cecah 10k Unit!

Yamaha MT-15 V2 (2022) Laris di India, Jualan Bulan Pertama Cecah 10k Unit!

May 31, 2022 By Shawkath Leave a Comment

477
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDIA masih memiliki ramai peminat motosikal jenama Yamaha dan ini jelas terbukti apabila naked bike MT-15 versi 2.0 (V2) yang dilancarkan baru-baru ini mencatatkan jualan luar biasa.

Tempahan MT-15 V2 yang dibuka Mac tahun ini mencatatkan jualan 9,228 unit sepanjang April lalu, yang menjadi angka tertinggi membabitkan model itu di India.

BACA >>> India Lancar Yamaha MT-15 V2 (2022), Kini Ada Fork USD, ABS 2-Saluran, Harga RM8.9k

Berbanding jualan April 2021, model generasi lama MT-15 cuma terjual 5,692 unit, dan perbandingan tahun-ke-tahun menunjukkan peningkatan hampir 62 peratus!

Berikut perincian MT-15 V2 (2022) di India:

  • Perubahan paling besar ialah sistem suspensi dinaik taraf menerusi penggunaan fork terbalik (USD) 37mm.
  • Swingarm belakang menggunakan material aluminium, diilhamkan daripada jentera MotoGP.
  • Frem masih jenis Deltabox.
  • Trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi injap variabel VVA berkuasa 18hp @ 10,000rpm dan tork 14.1Nm @ 7,500rpm.
  • Tiada penjelasan diberikan Yamaha mengenai penurunan angka kuasa dan tork berbanding model terdahulu.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S).

  • Panel meter dilengkapi konektiviti Bluetooth untuk sambungan telefon pintar dengan aplikasi Yamaha YConnect yang akan memaparkan maklumat servis, lokasi motosikal diparkir, penggunaan petrol, kerosakan, info rev, status panggilan masuk, mesej dan bateri telefon pintar.
  • Sistem lampu jenis LED. Sistem brek jenis cakera tunggal 282mm di depan dan 220mm di belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

BACA >>> Yamaha India Lancar YZF-R15M World GP 60th Anniversary, Harga RM10.4k!
BACA >>> Dilema Ola S1 Pro, Skuter Kononnya Paling Maju India Hadapi Banyak Kes Fork Tercabut
BACA >>> India Wajibkan Penunggang, Pembonceng Pakai Helmet, Gagal Patuh Kena Kompaun RM30!
BACA >>> Fikir Untung, Guna Komponen Kualiti Redah Punca Skuter Elektrik Terbakar di India

SUMBER: BikeAdvice

Related

477
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: naked bike, roda2, yamaha india, Yamaha MT-15 Version 2.0 (V2)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev