• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dilanggar dari Belakang, Pemandu Jazz Maut Tercampak Keluar

Dilanggar dari Belakang, Pemandu Jazz Maut Tercampak Keluar

May 31, 2022 By Farah 2 Comments

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki berusia 21 tahun maut apabila kereta Honda Jazz dipandunya terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM244.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, Seremban, pagi tadi.

Insiden jam 9.40 pagi itu menyebabkan mangsa Muhammad Fitriazrul Hashim, 21, tercampak keluar dari Jazz dipandunya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Sementara itu, dua lagi pemandu, yang masing-masing memandu Honda CR-V  dan Mercedes-Benz tidak mengalami kecederaan.

Menurut polis, nahas bermula apabila CR-V dipandu lelaki berusia 65 tahun di lorong tengah terlanggar kereta mangsa dari belakang. Impak rempuhan menyebabkan kereta dipandu mangsa yang berasal dari Alor Gajah, Melaka itu hilang kawalan hingga terbabas sebelum melanggar besi pengadang tengah jalan dan tercampak keluar.

Kebetulan, sebuah Mercedes dipandu lelaki berusia 42 tahun di lorong kanan terlanggar belakang Honda Jazz kerana tidak sempat mengelak.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA>>> Maut Ketika Ambil Anak Saudara Balik Sekolah, Wanita Dilanggar Lori Pasir
BACA>>> Penunggang, Pembonceng Jatuh Ketika Bantu Tunda Motor Rosak, Mujur Tak Kena Langgar

SUMBER: BHOnline

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda CR-V, honda crv, Honda Jazz, kemalangan, kemalangan jalan raya, Lebuhraya PLUS

Comments

  1. Dominic Toretto says

    May 31, 2022 at 5:04 PM

    musibah jika tidak memakai seatbelt...mana mungkin tercampak keluar kalau dia pakai seatbelt....al fatehah buat arwah..dh sampai ajal dia.

    iktibar pada pemandu yg lain...pastikan sebelum menghidupkan enjin pakai seatbelt dulu. penjualan sencor canceller seatbelt harus diharamkan

    Reply
  2. Dominic Toretto says

    May 31, 2022 at 5:06 PM

    sensor

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev