• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Jambatan Øresund yang 'Lesap' Ini Ambil Masa 63 Tahun Sebelum Jadi Kenyataan

Jambatan Øresund yang 'Lesap' Ini Ambil Masa 63 Tahun Sebelum Jadi Kenyataan

January 3, 2017 By Han Othman 1 Comment

541
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

https://dominaromundo.files.wordpress.com/2010/01/oresund.jpg
TAHUKAH anda, antara Denmark dan Sweden ada sebatang jambatan 'lesap' dinamakan Jambatan Øresund. Tetapi, jambatan itu bukan betul-betul lesap, cuma bersambung dengan terowong bawah air hingga menampakkan ia seolah-olah terputus jalan tiba-tiba.

Dari pesisir pantai, Jambatan Øresund adalah seperti binaan jambatan normal lain. Bagaimanapun, anda akan dapati jambatan itu mula kelihatan lesap atau terkandas tiba-tiba di hujungnya.

Idea membina jambatan menyeberangi Selat Øresund yang menjadi pemisah sempadan Denmark-Sweden diusulkan oleh sebuah konsortium kejuruteraan seawal 1936. Namun, menemui jalan buntu apabila mendapati ia bukanlah semudah disangka kerana ada pelbagai halangan perlu dihadapi. Antaranya bantahan tentang kedudukan, bentuk, dan paling penting pembinaan tersebut bertembung pula dengan pelbagai projek jalan raya lain.

TERLAKSANA SELEPAS LEBIH 60 TAHUN

jambatan-oresund-3
jambatan-oresund-6

Bagaimanapun, jambatan itu hanya diluluskan pada 1973, tetapi terpaksa dibatalkan pula pada 1978 atas sebab isu alam sekitar dan ekonomi. Akhirnya pada 1991, barulah satu perjanjian baharu dimeterai yang membuatkan semua orang dapat menarik nafas lega.

Projek pembinaan bermula pada 1995 dan siap sepenuhnya pada 14 Ogos 1999. Jambatan Øresund dibuka kepada lalu lintas pada 1 Julai 2000.

Jambatan Øresund menggabungkan laluan jalan raya dan rel kereta api menyeberangi Selat Øresund antara Denmark dan Sweden. Panjang jambatan berkenaan ialah 8km dari pesisir pantai Sweden hingga pulau buatan Peberholm di pertengahan selat. Kemudian, jambatan itu bersambung pula dengan terowong bawah air - Terowong Drogden - sepanjang 4km dari Peberholm ke Pulau Amager di Denmark.

Jambatan Øresund turut menerima Anugerah Struktur Terhebat IABSE (Persatuan Antarabangsa bagi Kejuruteraan Jambatan dan Struktur) 2002, yakni sebuah organisasi bebas yang berpangkalan di Zurich, Switzerland.

GALERI

jambatan-oresund-1
jambatan-oresund-2
jambatan-oresund-3
jambatan-oresund-4
jambatan-oresund-5
jambatan-oresund-6
jambatan-oresund-8
jambatan-oresund-9
jambatan-oresund-10
jambatan-oresund-12
jambatan-oresund-13
jambatan-oresund-7
jambatan-oresund-11

SUMBER:
Twistedsifter.com
Wikipedia
Oresundsbron.com

Related

541
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Denmark, IABSE, jambatan Øresund, Persatuan Antarabangsa bagi Kejuruteraan Jambatan dan Struktur, Sweden, terowong bawah air

Comments

  1. Mahadi says

    August 20, 2021 at 7:36 PM

    Very good

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev