• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skil Stoppie Bantu Hentikan Motor Saat Kecemasan (Jangan Sampai Gigi Berterabur)

Skil Stoppie Bantu Hentikan Motor Saat Kecemasan (Jangan Sampai Gigi Berterabur)

January 5, 2017 By Admin PanduLaju 1 Comment

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KALI ini kami akan ajar pembaca semua tentang salah satu skil menunggang yang cukup berguna dan dikatakan lebih mudah daripada menghentikan seekor kuda! Sekadar perumpamaan.

Contoh jentera dua roda yang patuh ialah dengan hanya menarik tuil brek, maka pad brek akan terus menggigit rotor atau cakera. Tetapi, tetap masih ada kelemahan dan sangat bergantung kepada sejauh mana anda bijak menggunakan ruang dan masa serta kemahiran membrek.

BACA >>> Kajian: Main Game Dapat Tingkatkan Skil Memandu?

Mungkin anda memiliki teknik membrek terbaik dunia, tetapi jika tidak dapat menggunakannya pada saat genting dan diperlukan, anda dalam bahaya. Inilah pentingnya Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang akan mengambil alih tugas penunggang yang tidak lagi dapat mengawal jentera. Metodnya mudah, tarik dan tekan tuil brek sekuat yang boleh. Namun, anda perlu berlatih banyak kali bagi meningkatkan keyakinan dan membiasakan diri.

  • Pastikan dapat mengoperasikan sistem itu.
  • Pastikan serasi dengan lantunan dan debaran.
  • Pastikan otak sudah terbiasa dengan daya-G (G-force).

LATIHAN BERULANG KALI

1. Jika motosikal tiada ABS, anda patut mula berlatih atas jalan kering. Cari jalan kosong, dan berlatih membrek menggunakan brek depan. Cuba berhenti pada kelajuan 95kmj.

2. Pastikan posisi siku bengkok, kedua-dua lutut memeluk tangki minyak dan tarik tuil brek - perlahan-lahan pada mulanya, kemudian lebih kuat dan kuat apabila lebih banyak berat pergi ke tayar depan. Posisi ini seolah-olah mahu membuat stoppie seperti penunggang lagak ngeri.

3. Apabila motor perlahan, berjaga-jaga dan perhatikan tayar dengan had maksimum. Serasikan situasi itu dengan respon tarikan tuil brek. Lakukan sebanyak 10 kali dan berulang-kali.

4. Lakukan perkara sama berkali-kali kerana semua latihan tersebut akan disimpan dalam memori secara tidak langsung. Anda memerlukan masa yang panjang untuk mahir dan cekap. Apabila sudah yakin, barulah tambah brek belakang. Apabila berat di hantar ke depan, ia memerlukan tekanan yang kurang. Tetapi sehingga anda sampai ke peringkat stoppie, ini akan membantu.

Tulis memang senangkan? 😛

BACA >>> Bagaimanakah Membrek Dengan Betul? Gunakan 'Metod Pivot'!
BACA >>> Mana Lebih Seronok, Pandu Gear Manual atau Automatik?

Related

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, roda2, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), stoppie, teknik stoppie

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev