SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE (2022)? Civic 'Ketam' (FC) atau yang baharu ini?
Ramai terkejut apabila abang beritahu Civic FE (2022) lebih sedap berbanding FC. Semua macam tidak percaya kerana rata-rata lebih sukakan rekabentuk Civic FC yang lebih sporty dan agresif.
Sejujurnya abang juga ada persepsi sama apabila kali pertama melihat Civic FE (2022). Namun semua itu berubah selepas memandu uji sedan segmen-C tersebut. Memang mengancam beb!
Benar, rekabentuk Civic FC lebih menonjol jika dibandingkan FE. Namun secara keseluruhan masih memihak kepada model baharu Civic itu, terutama aspek pemanduan dan rekabentuk dalaman.
ENJIN SAMA, TETAPI LEBIH BERKUASA!
Aspek mekanikal Civic FE (2022) mengekalkan enjin sama, 1.5L VTEC Turbo yang diberikan nafas baharu dengan angka kuasa lebih tinggi, 180hp (+9hp) dan tork 240Nm (+20Nm).
Sistem transmisi pula masih mengekalkan kotak gear automatik CVT yang diberikan penambahbaikan. Jujur abang cakap, Civic FE (2022) memang lagi sedap daripada FC. Kenapa pula abang asyik ulang pasal 'kesedapan' Civic FE (2022) je ni? Apa kata tonton video di atas.
BACA >>> #PanduUji: Abang Gan Pandu Uji Honda Civic FE (2022) yang Serius Best!
BACA >>> 6 Perkara Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Honda Civic Serba Baharu Generasi ke-11
Leave a Reply