• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Krisis Rusia-Ukraine: GP Finland 2022 Batal!

Krisis Rusia-Ukraine: GP Finland 2022 Batal!

May 26, 2022 By Shawkath Leave a Comment

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA awalnya, musim MotoGP 2022 nampak lebih baik berbanding dua musim lalu apabila Covid-19 melanda banyak negara dunia hingga menjejaskan acara kejuaraan dunia tersebut.

MotoGP tahun ini berjalan lancar setakat tiga pusingan dengan setiap pasukan masih berjaga-jaga dengan mematuhi peraturan pencegahan Covid-19 setiap negara.

BACA >>> Krisis Rusia-Ukraine: Honda Motor Umum Bantuan Kemanusiaan RM4.6 Juta
BACA >>> 5 Fakta Menarik Antonov AN-225, Pesawat Terbesar Dunia di Ukraine yang Dimusnahkan Rusia

Bagaimanapun, tahun ini dunia turut menyaksikan konflik pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang berlangsung selama tiga bulan sejak 24 Februari lalu. Selain menyebabkan gangguan ekonomi dunia, impak peperangan itu juga menjejaskan penganjuran MotoGP yang dijadualkan berlangsung di Finland buat kali pertama sejak 1982.

GP Finland sepatutnya berlangsung di litar baharu KymiRing pada 10 Julai nanti, tetapi kekacauan geopolitik itu menyebabkan kerja menyiapkan litar di Kausala (Finland) tergendala yang berisiko membahayakan nyawa petugas di situ.

Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Lumba Motosikal Jalanan Antarabangsa (IRTA), pengendali MotoGP, Dorna Sports dan barisan pegawai KymiRing memutuskan menunda acara itu hingga 2023 sebagai langkah terbaik buat masa ini.

BACA >>> Konflik Rusia-Ukraine Cetus Gelombang Kedua Bekalan Semikonduktor Dunia?
BACA >>> CEO MV Agusta Malu Putin Serang Ukraine, Anggap Presiden Sendiri Sebagai Jijik

Ini bukan kali pertama MotoGP membatalkan pusingan di Finland. Tahun lalu, litar itu digantikan dengan perlumbaan tambahan GP Austria. Malah tiada rancangan untuk mengisi slot pada 10 Julai nanti yang menandakan setiap pasukan MotoGP akan menikmati cuti musim panas selama lima minggu selepas berakhir GP Belanda 26 Jun depan.

Mujur MotoGP kekal memasukkan pusingan KymiRing pada 2023 dan kontrak semasa antara litar itu dengan serta siri GP hingga 2026. Berikut jadual baki pusingan MotoGP 2022:

  • 29 Mei: Mugello (Itali)
  • 5 Jun: Catalunya (Sepanyol)
  • 19 Jun: Sachsenring (Jerman)
  • 26 Jun: Assen (Belanda)
  • 7 Ogos: Silverstone (Britain)
  • 21 Ogos: Red Bull Ring (Austria)
  • 4 September: Misano (Itali)
  • 18 September: MotorLand Aragón (Sepanyol)
  • 25 September: Motegi (Jepun)
  • 2 Oktober: Buriram (Thailand)
  • 16 Oktober: Phillip Island (Australia)
  • 23 Oktober : Sepang (Malaysia)
  • 6 November: Valencia (Sepanyol)

BACA >>> Bridgestone Henti Operasi Pengeluaran Tayar di Rusia
BACA >>> Askar Ukraine Guna Basikal, Motosikal Elektrik untuk Serang Lokasi Tentera Rusia
BACA >>> Konflik Rusia-Ukraine Cetus Gelombang Kedua Bekalan Semikonduktor Dunia?
BACA >>> Krisis Perang Rusia-Ukraine Jejas Pengeluaran BMW

SUMBER: RideApart

Related

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2022 GP Finland, Auto Terkini, autoterkini, Dorna, FIM, GP Finland, MotoGP, MotoGP 2022, MotoGP Finland 2022, MotoGP KymiRing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my