• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Amerika Kongsi Gambar CR-V (2023)! Bakal Lancar Tahun Ini!

Honda Amerika Kongsi Gambar CR-V (2023)! Bakal Lancar Tahun Ini!

May 28, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

476
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA ada beberapa model asas penting untuk pengeluar itu yang kekal popular sejak sekian lama. Antaranya Civic, Accord dan CR-V.

Ketiga-tiga model itu ditawarkan di Amerika Syarikat (AS) dan digemari pengguna sana dan sebagai model global semestinya dijual di pasaran antarabangsa.

BACA >>> #PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!
BACA >>> Teruja X70 Jadi Kereta Polis, Netizen Malaysia Gegar Komen Facebook Proton Kenya

Terkini, Honda Amerika mendedahkan empat foto gambar generasi keenam CR-V (2023) yang mendedahkan bahagian depan. Susunan gambar yang diberikan juga bijak yang mana apabila diterbalikkan dan dicantumkan kanan dan kiri, kita dapat melihat gambar penuh rupa depan dan belakang.

Apa pendapat anda? Pendapat kami, CR-V (2023) adalah kesinambungan kepada gaya bahasa Honda terkini seperti yang boleh dilihat pada Civic, BR-V dan City. Gaya depan dan belakang masih membawakan unsur robotik seperti CR-V generasi kelima, cuma tinggal foto sisi belum didedahkan.

Mungkin juga, gaya sisi tampil ringkas dan bersahaja seperti model terbaharu Honda lain. Seperkara yang perlu ditonjolkan ialah lampu belakang bentuk L juga kekal dan Honda memang menggemari bentuk tersebut.

Bagi trenkuasa, Honda belum mendedahkan butiran terperinci kecuali lencana Hybrid terpampang pada but belakang. Trenkuasa hibrid dengan enjin 2.0L sudahpun sedia ditawarkan CR-V generasi kelima pasaran AS.

Justeru bagi CR-V (2023), Honda memaklumkan bakal menggunakan sistem hibrid lebih canggih dengan menawarkan pemanduan sporty dan berprestasi. Selain hibrid, kami berpendapat Honda juga akan kekal menawarkan enjin 1.5L VTEC Turbo, sama seperti Civic baharu.

Beralih ke ruang kabin, kami tertanya-tanya sama ada CR-V (2023) bakal dilengkapi 7-kerusi? Di pasaran global, Honda masih tiada wakil dalam segmen itu. Honda memaklumkan lebih banyak maklumat CR-V (2023) akan didedahkan menjelang musim panas ini, bermula Jun 2022.

BACA >>> Honda BR-V (2022) Kini dengan Dua Pilihan Warna Baharu!
BACA >>> Honda Perkenal HR-V Elektrik di Eropah, Sama Seperti China?

Honda CR-V 2023 teaser.01
Honda CR-V 2023 teaser.02
Honda CR-V 2023 teaser.03
Honda CR-V 2023 teaser.04
Honda CR-V 2023 teaser.05
Honda CR-V 2023 teaser.06

Related

476
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda CR-V, Honda CR-V 2023, Honda CR-V G6, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev