• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Motosikal 150cc ke Atas Akan Wajib Ada ABS!

Motosikal 150cc ke Atas Akan Wajib Ada ABS!

May 24, 2022 By Farah Leave a Comment

358
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMUA motosikal baharu dengan kapasiti enjin 150cc ke atas akan diwajibkan memasang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kajian pemasangan ABS akan dilakukan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) terlebih dahulu dalam masa terdekat.

BACA >>> Yamaha Exciter 155 (2021) Masih Tiada ABS? Perlukah Kapcai Ada ABS?
BACA >>> Haojue NK 150 ABS (2022) Lancar di Brazil, Harga RM15.6k!

Menurutnya, selepas kajian selesai, pelaksanaan mewajibkan pemasangan ABS dijadualkan dalam tempoh dua tahun selepas tamat tarikh kajian. Ka Siong berkata;

Tempoh sama juga akan digunakan untuk meminda peraturan sedia ada bagi tujuan mewajibkan pemasangan ABS.

"Tapi saya tegaskan, ia bukan dibuat mendadak atau tergesa-gesa. Tidaklah umum hari ini, esok terus dilaksanakan. Kita beri enam bulan untuk MIROS buat kajian, bincang dengan wakil pengguna, pemegang taruh dan pihak industri pembuat motosikal."

Ka Siong turut menyatakan pelaksanaan ABS akan dilakukan berperingkat dan jika berkesan akan diteruskan untuk motosikal kapasiti enjin rendah bawah 150cc. Langkah berkenaan diambil dalam usaha mengurangkan kemalangan dan kematian membabitkan pengguna motosikal hingga 30 peratus.

Menurutnya lagi, antara faktor kemalangan motosikal di Malaysia adalah terbabas sendiri atau gagal mengelak ketika menunggang kerana sistem brek tidak efektif. Justeru sistem ABS yang menggunakan teknologi antigelincir mampu membantu motosikal daripada tergelincir, terbabas, dan gagal mengelak ketika menunggang.

Ciri tersebut secara tidak langsung turut menambah baik tahap keselamatan motosikal di Malaysia.

BACA>>> X70 Hilang Kawalan Bila Lori Tukar Lorong, Vios Pula Jadi Mangsa Keadaan
BACA>>> Jalan Sesak Akibat Kemalangan, Graduan USM Nekad Tahan Motor ke Majlis Konvo

SUMBER: Bernama

Related

358
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ABS, ABS Motor, Auto Terkini, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan, motosikal ABS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my