• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jalan Sesak Akibat Kemalangan, Graduan USM Nekad Tahan Motor ke Majlis Konvo

Jalan Sesak Akibat Kemalangan, Graduan USM Nekad Tahan Motor ke Majlis Konvo

May 24, 2022 By Farah Leave a Comment

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG graduan Universiti Sains Malaysia (USM) nekad meminta bantuan mana-mana penunggang motosikal yang sudi memboncengnya ke majlis konvokesyen yang berlangsung pagi tadi.

Tindakan itu terpaksa dilakukan apabila kenderaannya terkandas dua jam akibat kesesakan luar biasa di Jambatan Pulau Pinang kerana kemalangan maut membabitkan lori dan treler.

BACA>>>
2 Maut Rempuh Treler Rosak Atas Jambatan Pulau Pinang

Foto Kevin Rayappan, 28, yang lengkap bersut sambil memegang jubah konvokesyen berdiri di tepi jambatan dengan mencuba nasib menahan penunggang motosikal yang menghala masuk ke pulau tular di media sosial. Malah, kisah lelaki itu dikongsikan dalam laman media sosial rasmi USM.

Kevin selamat tiba di USM untuk menghadiri konvokesyen atas bantuan orang ramai dan pihak USM sendiri melewatkan upacara itu 30 minit berikutan kesesakan tidak dijangka itu.

Dalam temu bual, Kevin mengakui panik apabila kereta dinaiki bersama kedua ibu bapanya masih tersekat dalam kesesakan walaupun jam sudah menunjukkan jam 9 pagi.

Mula-mula saya harapkan kesesakan tidak berpanjangan, tetapi selepas melepasi jam 9 pagi kenderaan masih tidak bergerak, saya nekad turun dan mencari alternatif kerana impian saya cuma ingin naik ke pentas terima skrol hari ini.

"Saya tidak sempat berbual panjang dengan insan mulia tersebut yang sanggup tumpangkan saya kerana dalam keadaan tergesa-gesa, namun saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada beliau.

"Tanpa bantuan beliau, saya mungkin tak sempat merasa naik ke pentas pada hari ini," kata Kevin.

Kevin turut memberitahu ibu bapanya yang meneruskan pemanduan sempat tiba ke USM dan menyaksikan dia menerima ijazah.

BACA>>>  Mana-Mana Rancak, Mat Rempit Buat Aksi Superman di Jambatan Pulau Pinang
BACA>>> Budak 2 Tahun Termasuk Ibu Cedera Angkara Van Warga Asing U-Turn Suka Hati

SUMBER: USM

Related

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: graduan usm tahan motor, Jambatan Pulau Pinang, konvokesyen, sesak, tahan motor, tumpang motorsikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev