• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé (1955) Ini Dijual RM630j!

Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé (1955) Ini Dijual RM630j!

June 12, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé (1955) dijual pada acara bidaan pada harga €135 juta (RM630 juta)! Acara bidaan itu berlangsung 5 Mei lalu di Muzium Mercedes-Benz di Stuttgart, Jerman dan dibeli seorang pengumpul peribadi.

Acara tersebut dikendalikan rumah lelongan, RM Sotheby's, yang juga peneraju dalam bidang bidaan kereta koleksi dan sudah beroperasi lebih 40 tahun, dengan kerjasama Mercedes-Benz. Antara tetamu jemputan ialah pelanggan Mercedes-Benz dan pengumpul kereta dan seni yang menghargai nilai korporat jenama mewah tersebut.

BACA >>> Mercedes-AMG GT Black Series dengan DNA Jentera Lumba, RM1.8 Juta!

Di sebalik jualan ini sebenarnya ada satu tujuan lain yang bermakna.

Hasil bidaan akan digunakan untuk penubuhan Tabung Mercedes-Benz bagi menyediakan biasiswa pendidikan dan penyelidikan dalam bidang saiz alam sekitar dan penyahkarbonan untuk orang muda.

Berikut ciri 300 SLR Uhlenhaut Coupé (1955):

Rudolf Uhlenhaut
  • Hanya satu daripada dua buah yang dihasilkan pada 1955.
  • Dikeluarkan divisyen perlumbaan Mercedes-Benz dan dinamakan sempena nama perekanya, yang juga ketua jurutera, Rudolf Uhlenhaut.
  • Sentiasa disebut sebagai kereta tercantik dunia daripada pakar automotif dan peminat serata dunia.
  • Model 300 SLR diasaskan daripada model lumba W 196 R yang memenangi dua kejuaraan dunia, dilakukan Juan Manuel Fangio.
  • Kelajuan maksimum 289kmj dan antara kereta jalanan terpantas pernah dikeluarkan pada masa itu.
  • Kereta paling bernilai dunia dengan mengalahkan rekod harga €90 juta (RM422 juta).

  • Rekod kereta paling bernilai yang dijual dalam acara lelongan terdahulu dipegang Ferrari 250 GTO (1962) yang turut dikendalikan RM Sotheby's pada 2018.
  • 300 SLR sekarang ini berada di kedudukan teratas sepuluh kereta paling bernilai yang dijual pada acara bidaan.

Walaupun terjual, pembelinya bersetuju mempamerkan model tersebut kepada orang awam pada majlis istimewa. Sebuah lagi 300 SLR Coupé akan kekal berada di bawah pemilikan Mercedes-Benz yang dipamerkan di muzium pengeluar itu di Stuttgart, Jerman.

BACA >>> Ferrari 250 GTO (1962) Pecah Rekod Kereta Lelong Paling Mahal Dunia - RM199.6 Juta
BACA >>> SUV Super Mewah, Mercedes-Maybach GLS 600 (2022) Kini di Malaysia, Harga RM1.8j!
BACA >>> #PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.01
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.02
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.03
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.04
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.05
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.06
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.07
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.08
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.09
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.10
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.11
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.12
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.13
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.14
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.15
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.16
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.17
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.18
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.19
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.20
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.21
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.22
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.23
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.24
Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé.25
Rudolf Uhlenhaut
Rudolf Uhlenhaut

Related

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Mercedes-benz, Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé, Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé 1955, RM Sotheby's, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

#PanduUji GAC Emkoo, SUV Futuristik Dari RM120K

JENAMA automotif China, GAC Motor, baru sahaja memperkenalkan SUV … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev