• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia Buat Ujian Tol Tanpa Palang Tahun Ini, Pelaksaan Mula Tahun Depan

Indonesia Buat Ujian Tol Tanpa Palang Tahun Ini, Pelaksaan Mula Tahun Depan

May 23, 2022 By Shawkath Leave a Comment

398
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDONESIA bakal menjalankan ujian Sistem Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) bermula tahun ini.

Ramai sedia maklum, MLFF ialah sistem aliran trafik tanpa palang yang mana caj tol tidak lagi melibatkan transaksi tunai di Plaza Tol atau memerlukan pemandu menyentuh kad bayaran pada alat pengimbas.

Ketua Agensi Kawal Selia Jalan Tol (BPJT), Danang Parikesit berkata, ujian percubaan akan dilakukan tahun ini secara berperingkat sebelum pelaksanaan penuh menjelang 2023.

BACA >>> Ujian Sistem Tol Tanpa Palang di Malaysia Akan Mula Awal 2022
BACA >>> Ini Kisah Sebenar Van Putih Pandu Laju Macam Kilat Lepas Palang Tol RFID

Danang turut meminta pengguna lebuh raya Indonesia supya tidak pelik atau terkejut jika beberapa plaza tol tidak lagi dilengkapi palang untuk caj tol. Beliau berkata:

Jika berdasarkan garis masa, kita berharap memulakan proses ujian percubaan tahun ini. Harap-harap tidak timbul sebarang masalah teknikal supaya pelaksanaan dapat dibuat berperingkat.

“(Pelaksanaan) dibuat secara berperingkat dan amat bergantung kepada sesi ujian yang akan dijalankan hingga Disember (2022). Berdasarkan perjanjian, pelaksanaan penuh akan dibuat pada 2023.”

Terdahulu, Ketua Pengarah Pengangkutan Darat, Budi Setiyadi mendakwa stimulasi sistem MLFF sudah dijalankan dan masih diperingkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) membabitkan beberapa pihak. Setakat ini, tiada maklumat didedahkan mengenai laluan dan waktu ujian percubaan MLFF, termasuk hukuman kadar denda dikenakan.

Danang menjelaskan lagi;

Kami melakukannya secara berperingkat. Ini bukan sesuatu yang akan diubah serta-merta. Kami juga melihat kesediaan teknologi, sikap pengguna dan kesediaan undang-undang penguatkuasaan. Jadi, kami menjalankannya mengikut kemampuan kita mengadaptasi teknologi tersebut.”

BACA >>> Pemandu Indonesia Sudah Boleh Masuk Tol Tak Perlu Berhenti, Tanpa Palang Tahun Depan
BACA >>> Elak Bayar Tol Bakal Jadi Kesalahan Jenayah Tidak Lama Lagi
BACA >>> 2 Gadis Naik Motor Bermurah Hati Mahu Bayar Tol Pakai Touch 'n Go

SUMBER: Kompas

Related

398
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Budi Setiyadi, Danang Parikesit, Sistem Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), Tol Indonesia, Tol Tanpa Palang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my