POLIS Trafik Indonesia, Korps Lalu Lintas Polis Indonesia (Korlantas Polri) menetapkan 2027 sebagai tempoh sasaran untuk semua kenderaan di republik itu beralih kepada penggunaan nombor plat dengan latar putih dan teks hitam.
Tempoh lima tahun itu memberi keutamaan kepada beberapa kategori kenderaan, iaitu kenderaan baharu atau masih berada dalam tempoh pembiayaan lima tahun, dan kenderaan yang dipindahkan atau bertukar wilayah.
BACA >>> Kenderaan Indonesia Mula Guna Nombor Plat Latar Putih Bulan Depan
Pengarah Regident (Pendaftaran dan Identifikasi) Korlantas Polri, Brigadier Jeneral Yusri Yunus berkata;
“Ia akan bertukar kemudian dari 2027, semua akan selesai, semua warna putih kerana ia sudah lima tahun.
“Memang benar skala keutamaan ialah kenderaan lima tahun, kenderaan baharu atau kenderaan yang akan dipindahkan kemudian.”
BACA >>> Filipina Perkenal Mesin Buat Nombor Plat Kedua, Khas untuk Motosikal
BACA >>> JPJ NS Sasar Kumpul RM1.3j untuk Siri Nombor Plat NDU
Beliau menambah, perubahan warna plat baharu tidak dibuat serentak dan orang ramai tidak perlu bimbang jika tidak menggunakan latar putih. Menurutnya;
Masih okay (jika kamu masih guna nombor plat latar hitam).”
Keputusan penukaran warna latar plat kenderaan baharu adalah selari Peraturan Kepolisian No 7 Tahun 2021 berhubung Pendaftaran dan Identifikasi Kenderaan Bermotor, Artikel 45 Perenggan (1) yang menetapkan warna latar putih, teks hitam untuk kenderaan bermotor persendirian, entiti sah, wakil negara asing dan agensi antarabangsa.
BACA >>> Mantan KP: Nombor Plat RFID Boleh Cegah Jenayah, Tapi Mesti Dikeluarkan Pihak Berkuasa
BACA >>> Apa Jadi Jika Nombor Plat Malaysia Ikut Macam Jerman?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
SUMBER: Kompas
Leave a Reply