KERAJAAN merancang memperkenalkan mekanisme subsidi bahan api bersasar yang mana golongan berpendapatan tinggi perlu membayar harga lebih tinggi.
Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, langkah itu bertujuan membantu negara menyerap impak kenaikan harga minyak mentah dunia. Jelasnya, mekanisme subsidi bahan api adalah untuk memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.
Kita sudah bercakap mengenai penilaian semula semasa satu pemukiman khas baru-baru ini.
“Mereka yang memiliki BMW tidak boleh menikmati subsidi sama seperti mereka yang memandu (Perodua) Kancil.”
BACA >>> Potong Cukai Pun Harga Minyak Naik di UK, Penunggang Terjejas?
BACA >>> Kementerian Kaji Mekanisme Subsidi Petrol untuk B40, RON95 Bakal Ikut Pasaran Global?
Azmin berkata demikian dalam sidang media Misi Promosi Perdagangan dan Pelaburan ke Amerika Syarikat yang turut mendedahkan Kerajaan masih berusaha membentuk struktur bersesuaian berikutan kenaikan mendadak ramalan subsidi bahan api RM28 bilion tahun ini berbanding RM11 bilion tahun lalu.
Terdahulu, Kerajaan bersetuju mengekalkan harga siling RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter) walaupun harga pasaran kedua-dua bahan api itu meningkat melepasi harga siling semasa. Bagaimanapun, petrol premium RON97 tidak menerima subsidi, yang kini dijual pada harga RM4.33 seliter.
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
Bulan lalu, Petronas Dagangan Bhd (Petronas) mendedahkan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) subsidi bahan api ketika dunia menyaksikan kenaikan mendadak harga minyak mentah.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed juga pernah menyatakan Kerajaan masih dalam peringkat menghasilkan struktur mekanisme bahan api bersasar yang dijangka siap dalam masa terdekat.
BACA >>> Sedut 3,800 Liter Diesel, Pengusaha Stesen Minyak Rugi Lebih RM20k!
BACA >>> Tiada Tindakan untuk Warga Singapura Isi RON95, Cuma Pengusaha Stesen Minyak
BACA >>> Kementerian Siasat Foto Tular Pemandu Singapura Isi Petrol RON95
BACA >>> #TahukahAnda: 10 Tip Asas Jimat Minyak yang Setiap Pemandu Kena Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Mitos Jimat Minyak yang Boleh Diikut, Tapi Jangan Percaya Sangat
SUMBER: FMT
Leave a Reply