• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kedah Mahu Jual Tanah Litar SP untuk Dapatkan Dana

Kedah Mahu Jual Tanah Litar SP untuk Dapatkan Dana

May 23, 2022 By Farah Leave a Comment

238
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN Negeri Kedah bercadang mahu menjual sebahagian tanah yang akan dibangunkan sebagai litar lumba di Sungai Petani untuk mendapatkan dana membiayai kos pembinaan litar itu yang tertangguh sejak beberapa tahun lalu.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Noor berkata, projek itu sudab berjalan menggunakan rekabentuk asal yang menelan RM30 juta, tetapi terhenti kerana kekurangan dana.

Tanah untuk dibangunkan litar itu luas, ada 100 ekar lebih. Tanah itu milik Menteri Besar Incorporated (MBI).

"Sebelum ini Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah memperuntukkan RM30 juta untuk pembinaan litar itu dan RM10 juta sudah dibelanjakan untuk kerja tanah bagi pembinaan litar tersebut.

"Sekarang baki tinggal RM20 juta dan memang tidak cukup untuk membina litar itu dan perlu cari dana lain.

"Selain itu bayaran kepada pihak perunding projek sebanyak RM890,000 juga tidak dibuat Kerajaan Negeri sebelum ini," katanya.

Sanusi turut memberitahu, Kerajaan Negeri sebelum ini mengubah pelan asal litar itu untuk menjadikannya lebih besar dengan menggunakan piawaian antarabangsa membabitkan kos RM73 juta. Namun, kerana kos tinggi dan KBS tidak dapat menyalurkan peruntukan tambahan membuatkan projek itu terhenti.

Juateru bagi meneruskan projek itu, Kerajaan Negeri akan menggunakan pelan dan rekabentuk asal membabitkan kos RM30 juta. Pada masa sama, Kerajaan Negeri perlu mencari sumber dana baru bagi menampung kekurangan peruntukan diperlukan.

Sanusi turut menjelaskan tanah itu akan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu sebahagian dibangunkan kawasan komersial dan sebahagian lagi untuk litar.

Memandangkan buat masa dalam peringkat jual tanah, Kerajaan Negeri tidak dapat menentukan tempoh masa bila projek tersebut siap.

BACA>>> Tar Sampai Masuk dalam Sut Lumba, Kualiti Trek Litar Mandalika Membimbangkan
BACA>>>  Lepas Kena Tegur, ITDC Segara Mulakan Kerja Turap Balik Litar Mandalika

SUMBER: Bernama

Related

238
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kedah, tanah litar, tanah litar sungai petani

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev