APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu adalah unit diimport dari Vietnam. Itu ialah produk buatan kilang Piaggio sama yang menghasilkan skuter Vespa.
Ada dua varian dibawa masuk ke Malaysia iaitu Standard dan Sport. Varian Standard ditawarkan pada harga pengenalan RM19,900, manakala Sport berharga RM20,900.
BACA >>> Aprilia SR GT (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Dua Varian Pilihan, Harga Mula RM19.9k!
BACA >>> Aprilia Tuareg 660 (2022) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM75.9k!
Ini fakta menarik yang anda perlu tahu tentang SR GT 200 (2022):
1. Harga Standard vs Sport
Jika dilihat pada harga pengenalan, varian Sport lebih mahal RM1,000 berbanding Standard. Perbezaan harga itu cuma membabitkan aspek kemasan, iaitu Sport dilengkapi:
- Rim tona merah.
- Panel kecil merah pada fairing sisi.
- Pelana dwi-tona.
- Teks Aprilia bawah badan.
- Aspek mekanikal, output kuasa dan komponen sama, tiada sebarang perbezaan.
2. Mudah Dikendali, Stabil
- Kualiti tunggangan boleh dikatakan agak baik dan perlu diingatkan, ini pandangan awal penulis selepas diberi peluang menunggang skuter itu dalam sesi tunggang uji ringkas.
- Tiada masalah mengemudi skuter itu ketika ujian laluan berhalang dan di kawasan selekoh sempit (permukaan tar).
- Fork teleskopik konvensional dan set absober belakang boleh laras Showa menggalas tugas baik mengekalkan kestabilan skuter ketika ujian laluan berbukit dan permukaan tidak rata.
- Tiada masalah dengan prestasi set brek cakera. Hanya cakera roda depan ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS saluran tunggal).
3. Jangan Redah Laluan Pejalan Kaki
- Pelana tebal tidak terlalu keras atau empuk, sesuai dengan selera penulis.
- Posisi dan bentuk bar hendal dan keluasan ruang lantai kaki membantu menawarkan posisi kawalan lebih selesa ketika menunggang.
- Grip tayar Michelin Anakee Street ‘membuang’ ketika ujian meredah kawasan berselekoh laluan pejalan kaki. (Peringatan: Jangan tunggang atas laluan pejalan kaki.)
4. Ada Butang Mod, Tapi Bukan Pemetaan Enjin
- Hantaran kuasa dari enjin menerusi tali sawat ke roda belakang lancar. Terotel digunakan jenis dwi-kabel (push/pull) dan transmisi jenis automatik CVT.
- Tiada opsyen mod kuasa.
- Butang Mod pada konsol kawalan kiri bar hendal cuma untuk mengubah paparan beberapa maklumat seperti voltan bateri dan purata penggunaan bahan api pada panel meter digital.
5. Ada Sistem Henti-Mula (Stop-Start)
- Sebagai kaedah menjimatkan petrol, skuter itu dilengkapi ciri Henti-Mula yang boleh dinyah aktif dengan menekan butang. Butang itu diposisi pada konsol kiri bar hendal (foto atas, abjad A dalam separa bulatan)
- Trenkuasa akan dimatikan sementara apabila kenderaan tidak bergerak dalam tempoh beberapa saat.
- Enjin aktif semula dengan memulas sedikit terotel. Dalam proses ini, kesan gegaran dan bunyi didapati amat minimum.
6. Cara Buka Pelana, Tempat Isian Petrol
- Masih menggunakan sistem penghidup kunci mekanikal dan belum bertukar kepada jenis tanpa kunci (keyless) seperti produk dua roda Jepun.
- Untuk akses ruang simpanan bawah pelana, sila tekan butang sebelah tempat entri anak kunci. Butang itu memaparkan simbol ibu kunci terbuka (mangga).
- Bagaimanapun, skuter ini dilengkapi butang khas untuk membuka pelana dan teknik menolak kunci ke dalam untuk membuka tempat isian petrol.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Cecair Penyejuk 'Coolant' Ada Macam-Macam Warna?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Cecair Coolant Boleh Kurang Walaupun Tak Bocor?
7. Cecair Penyejuk
- Tempat isian semula cecair sistem penyejukan ditempatkan di ruang simpanan bawah pelana. Anda perlu menanggalkan plastik penutup jika perlu membuat isian semula.
BACA >>> Piaggio Group Buka Kilang di Indonesia Tahun Ini, Tayang Model Aprilia SR GT
BACA >>> Aprilia SR GT 200 (2022) Lancar di Jepun, Harga Mula RM19.9k!
BACA >>> Aprilia SR 160 (2022) Lancar di India, Harga Mula RM6.1k!
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cegah Enjin, Transmisi Skuter Rosak Awal
Leave a Reply