• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW M 1000 RR 50 Years M Edition (2023) Lancar! Harga RM162k

BMW M 1000 RR 50 Years M Edition (2023) Lancar! Harga RM162k

May 20, 2022 By Aryon Leave a Comment

398
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Motorsport GmbH diasaskan pada 1972 dan sinonim dalam kalangan peminat dengan lencana permotoran 'M'.

Kini lencana itu bukan hanya terhad untuk kenderaan empat roda, tetapi turut diturunkan kepada model dua roda menerusi kelengkapan dan aksesori khas pada 2018. Kemudian pada 2020, BMW melancarkan model M pertama untuk motosikal, M 1000 RR.

BACA >>> Jualan 2021 BMW Motorrad Terbaik dalam Sejarah
BACA >>> #BikinMotor: BMW S 1000 RR dengan Grafik Tatu 'Syaitan' Ini Memang Lain Macam

Terbaharu, sempena menyambut ulang tahun ke-50 divisyen M, BMW Motorrad melancarkan model aniversari istimewa M 1000 RR 50 Years M (2023) yang membawa dua 'M' pada namanya. Berikut perincian model tersebut:

  • Tampil dengan skema warna dan grafik khas Sao Paulo Yellow (kuning).
  • Jika menempah BMW M 100 RR dengan opsyen pakej 50 Years M, anda akan menerima pakej M Carbon, terdiri daripada fender karbon, panel fairing sisi atas, penutup tangki pada kedua-dua sisi, gad rantai karbon dan penutup sproket karbon.
  • Sebagai tambahan, pembeli juga diberikan pek M Billet, terdiri daripada pelindung enjin aluminium bilet, tuil klac dan brek bilet, set belakang M, dan gad brek depan.
bmw-m-1000-rr-50-anniversary-m-3
bmw-m-1000-rr-50-anniversary-m-4
  • Perubahan lain ialah swingarm anod cerah, rantai M Endurance, perisian pemasa lap GPS M, penutup pelana belakang dan kit pembonceng, serta lencana khas ulang tahun 50 Years M.
  • Superbike edisi khas ini dijana enjin 4-silinder sebaris dengan injap titanium 1.0L penyejukan cecair berkuasa 205hp @ 13,000rpm dan tork 113Nm @ 11,000rpm.

  • Pecutan 0-100kmj sepantas bawa 3.1 saat, manakala kelajuan maksimum 304kmj.
  • Berat kerb 192kg, tetapi itu sebelum dipasangkan pakej karbon dan bilet yang boleh mengurangkan berat jentera.
  • Harga berbeza mengikut rantau. Di Amerika Syarikat, model edisi khas ini akan memasuki pasaran menjelang suku ketiga tahun ini pada harga AS$36,995 (RM162,370) dengan caj lokasi RM645 (RM2,830).

BACA >>> #TahukahAnda: Cas EV di Stesen DC BMW di Malaysia, Berapakah Anda Perlu Bayar?
BACA >>> Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 

bmw-m-1000-rr-50-anniversary-m-1
bmw-m-1000-rr-50-anniversary-m-2
bmw-m-1000-rr-50-anniversary-m-3
bmw-m-1000-rr-50-anniversary-m-4
bmw-m-1000-rr-50-anniversary-m-4
bmw-m-1000-rr-50-anniversary-m-5
bmw-m-1000-rr-50-anniversary-m-6
bmw-m-1000-rr-50-anniversary-m-7
bmw-m-1000-rr-50-anniversary-m-8
bmw-m-1000-rr-50-anniversary-m-9
bmw-m-1000-rr-50-anniversary-m-10
bmw-m-1000-rr-50-anniversary-m-11
bmw-m-1000-rr-50-anniversary-m-12
bmw-m-1000-rr-50-anniversary-m-13
bmw-m-1000-rr-50-anniversary-m-14

Related

398
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW M 1000 RR, BMW M 1000 RR 50 Years M Anniversary Edition, BMW M 1000 RR 50 Years M Edition (2023), BMW Motorrad, roda2, superbike, Superbike Edisi Khas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev