• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / QJMotor Siap Sedia Lancar Sportbike Elektrik, RX

QJMotor Siap Sedia Lancar Sportbike Elektrik, RX

May 19, 2022 By Shawkath Leave a Comment

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Jun tahun lalu, QJMotor mendedahkan sportbike elektrik dalam bentuk konsep, iaitu QJ7000D. Kini, motosikal elektrik versi pengeluaran pula baru saja mendapat kelulusan untuk kegunaan atas jalan, yang dinamakan QJMotor RX.

Jika dibandingkan model konsep tahun lalu, QJMotor melakukan beberapa perubahan membabitkan aspek kosmetik dan mekanikal.

BACA >>> Sportbike Elektrik Pertama Benelli Debut di China, QJ7000D Bakal Jadi Penanda Aras?
BACA >>> QJMotor Fail Paten Rekabentuk QJ7000D, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi?

QJMotor QJ7000D patent (1) Large
QJMotor electric

Hampir keseluruhan gaya masih sama, cuma wajah depan mendapat sentuhan baharu dengan lampu utama lebih tajam dan ditolak masuk dalam fairing depan.

Fairing sisi nampak lebih rapi dengan rekabentuk diperkemas. Port mengecas bateri diposisikan sebelah kiri dan ada penutup khas untuk disorokkan. Ada seksyen panel badan baharu bawah pelana dengan kunci untuk membuka pelana.

Subfrem belakang masih jenis nipis yang bersambung dengan frem aluminium. Posisi lengkung subfrem menampakkan ruang luas antara roda belakang dan pelana. Rekaan tangki minyak palsu nampak lebih lembut dan direndahkan berbanding model konsep. Bar hendal kekal pada posisi sama.

BACA >>> KPN Saran Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi
BACA >>> eCub - Motosikal Elektrik Kustom Berasaskan Kapcai Honda Cub dan Super Cub

benelli-logo-bg
qjmotor-logo

Dijana unit motor elektrik 5kW, dan bukan 7kW seperti model konsep yang menghasilkan 6.7hp. Kelajuan maksimum 105kmj, atau setanding kapcai 4-lejang 125cc. Sebelum ini, QJMotor mendakwa kuasa setinggi 10kW (13.4hp), tetapi tiada maklumat mengenai varian itu.

Masih menggunakan tuil gear kaki dan klac tangan pada sebelah kiri pemegang hendal. Mungkin mahu penunggang menikmati tunggangan ala motosikal konvensional.

Menggunakan sistem pacuan rantai. Ini agak mengejutkan kerana banyak pengeluar memilih jenis tali sawat untuk mengurangkan bunyi bising. RX juga mungkin hadir dengan rekabentuk berlainan dengan memakai lencana Benelli. QJMotor mungkin mengeksport sportbike elektrik itu ke Eropah.

BACA >>> Horwin Buka Kilang CKD Motosikal Elektrik di Brazil dengan Kos Labur RM88.8j
BACA >>> Skuter Elektrik Yamaha E01 Lakukan Ujian Enduran di Malaysia, Tapi Bukan untuk Dijual?
BACA >>> Geram Rosak Selepas 6 Hari, Pemilik Heret Skuter Elektrik dengan Keldai Pusing Bandar

SUMBER: BikeSocial

Related

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), motosikal elektrik, QJMotor, QJMotor RX, roda2, Sportbike Elektrik, Sportbike EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev