• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CB150R Streetster (2022) Tiba di Vietnam, Harga Mula RM20k!

Honda CB150R Streetster (2022) Tiba di Vietnam, Harga Mula RM20k!

May 18, 2022 By Shawkath Leave a Comment

437
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Vietnam mengumumkan ketibaan naked bike baharu, CB150R (2022) yang diimport dari Thailand pada harga 105.5 juta dong (RM20,040).

Honda sebelum ini pernah menawarkan varian CB150R Exmotion di Vietnam, tetapi tidak lama di pasaran negara itu

BACA >>> Honda India Mahu Tiru Brazil Teroka Pasaran Motosikal Elektrik Harga Bajet

CB150R (2022) mengekalkan rekabentuk seperti varian dilancarkan di Vietnam pada 2019, tetapi hanya satu varian dibawa masuk ke Vietnam, iaitu Streetster. Perbezaan antara CB150R Streetster dan Exmotion cuma membabitkan peg kaki dan frem merah, manakala sistem suspensi depan jenis fork terbalik (USD) 41mm hitam menggantikan tona tembaga.

Aspek mekanikal lain tidak jauh berbeza dengan model sebelum ini. Rim kekal 17 inci yang dipadankan tayar 110/70 (depan) dan 150/60 (belakang) dan dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

BACA >>> Pelajar Cipta Peranti Amaran Lupa Tutup Signal Belok Motosikal

Sistem lampu menggunakan teknologi LED dengan rekaan lampu depan gaya klasik mirip dua varian Neo Sport Cafe, iaitu CB1000R dan CB650R.

CB150R Streetster (2022) dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 149.2cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 16.3hp @ 9,500rpm dan tork 13.6Nm. Apa yang pasti, enjin Honda masih gagal menandingi kehebatan Yamaha MT-15 (19.3hp, 14.7Nm) atau Suzuki GSX-S150 (19.1hp, 14Nm).

BACA >>> Honda CB150R ExMotion Versi Streetster yang Lebih Ranggi, Kini di Thailand
BACA >>> Honda CB150R Streetfire (2021) Serba Baharu Lancar di Indonesia, Harga Mula RM8.4k
BACA >>> Honda Tawar Alat Ganti Model Klasik Moden: CB750F, CB750 Four dan NSR250R

SUMBER: Zing

Related

437
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda CB150R ExMotion, Honda CB150R Streetster (2022), Honda Vietnam, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my