• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tersimpan Lebih 3 Dekad, Siapa Sangka Honda VFR750R RC30 (1990) Dilelong RM357k!

Tersimpan Lebih 3 Dekad, Siapa Sangka Honda VFR750R RC30 (1990) Dilelong RM357k!

May 18, 2022 By Shawkath Leave a Comment

315
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEUNIT Honda VFR750R RC30 (1990) yang belum pernah didaftarkan mencatatkan rekod lelongan baharu di Britain apabila dijual pada harga £65,250 (RM357,660).

Motosikal tersebut berada dalam simpanan seorang pengumpul sejak dibeli dalam kondisi baharu dengan odometer 2km (push kilometers) yang menandakan model itu tidak pernah ditunggang.

BACA >>> Honda RC213V-S (2016) 'NOS' Ini Pecah Rekod Motor Jepun Termahal, Harga RM1.04j!
BACA >>> Suzuki RGV 120 (1999) 'NOS' Tidak Pernah Isi Petrol Ini Cecah Harga RM184k!

Berdasarkan foto, motosikal itu nyata dalam kondisi terbaik. Harga asal jualan ketika dilancarkan cuma £8,499 (RM46,330), tetapi jika dikira inflasi semasa, harganya kini mencecah £16,972.29 (RM92,520).

Unit motosikal itu diimport dari Jepun ke Itali dan menjadi sebahagian Koleksi Honda David Silver hingga 2017.

BACA >>> Yamaha 125ZR 'NOS' Hitam di Vietnam Ini Mahu Dijual RM89.9k!

Motosikal itu dijual sebagai status ‘baharu’ dan pembida bertuah turut menerima kit alatan tulen daripada Honda, termasuk buku manual, tongkat padok dan dokumen berkaitan.

Maklumat juga mendedahkan Honda cuma menghasilkan antara 3,000 dan 5,000 unit RC30 untuk pasaran global, dan model itu menjadi popular sepanjang 1987-1990 disebabkan sukan permotoran apabila pelumba legenda seperti Joey Dunlop, Carl Fogarty dan Fred Merkel mencatat kemenangan dengan jentera tersebut.

Malah motosikal itu kekal menjadi buruan pengumpul motosikal selepas 30 tahun.

BACA >>> #TahukahAnda: 8 Tip Penjagaan Motosikal Kekal Tip-Top dengan PETRONAS Sprinta!
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Mudah Penjagaan Rantai dan Sproket Motosikal
BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Jaga Slot Kunci Motosikal, Pun Kena Servis Juga

SUMBER: RideApart

Related

315
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Carl Fogarty, Fred Merkel, Honda NOS, Honda VFR750R RC30, Joey Dunlop, roda2, sportbike, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my