HELMET tanpa kelulusan SIRIM, termasuk helmet mainan dilaporkan menjadi pilihan ramai ibu bapa sebagai ‘pelindung kepala’ kanak-kanak ketika membonceng motosikal.
Isu itu didedahkan portal Bernama yang mendakwa lebih 20,000 unit helmet tersebut sudah terjual menerusi portal e-dagang popular.
BACA >>> #Videotomotif: Kucing Pun Reti Pakai Helmet Naik Motosikal
Helmet tersebut dijual pada harga serendah RM20 dan antara produk paling laris ialah helmet dengan karakter adiwira Marvel seperti Spiderman.
Menurut Bernama, helmet mainan menjadi pilihan ibu bapa kerana lebih ringan dan selesa untuk dipakai anak-anak mereka, terutama kalangan pembonceng yang baru belajar memakai helmet. Selain itu Faktor harga murah, iaitu sekitar RM35 hingga RM45 turut menjadi daya penarik walaupun jelas sekali tidak memaparkan maklumat keselamatan seperti pelekat SIRIM.
BACA >>> #RetroAuto: Inilah Kisah di Sebalik Kuning Floresen yang Jadi Warna Kegemaran Rossi
Pakar Keselamatan Jalan Raya, Prof Dr Kulanthayan KC Mani berkata;
Amat menyedihkan masih ada ibu bapa yang lebih mementingkan harga murah dan inginkan helmet yang cantik berbanding keselamatan anak mereka.
“Mereka tidak kisah kerana menganggap asal ada sesuatu diletakkan atas kepala anak mereka maka sudah cukup.”
Bernama juga melaporkan kenyataan jurujual di Sentul yang mengatakan harga helmet dengan cop SIRIM cuma sekitar RM65, tetapi ibu bapa enggan membelinya kerana mahukan lebih murah. Jurujual itu, yang mahu dikenali sebagai Ali, berkata;
“Helmet kanak-kanak sesuai dipakai pada usia lima tahun kerana fizikal mereka sudah mampu menampung berat helmet. Kalau kurang daripada umur itu, tengkuk tidak boleh menampung berat helmet.”
Bernama dalam tinjauan dilakukan mendapati kebanyakan kedai motosikal yang menjual helmet kanak-kanak dengan cop SIRIM tidak menyimpan banyak stok.
BACA >>> 40 Peratus daripada 600,000 OKU Jadi Cacat Akibat Kemalangan Jalan Raya Malaysia
APA KATA FOMCA?
Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) memetik aspek tiada pengawalan berkesan daripada pihak berkuasa berhubung jualan helmet tidak sah. Timbalan Setiausaha Agung FOMCA, Nur Asyikin Aminuddin berkata;
Pada pandangan saya, jualan sebegini begitu aktif di platform atas talian kerana kita tiada mekanisme untuk mengawal peniaga di platform digital. Kena ada undang-undang untuk kawal platform digital.
“Ketika ini tiada mana-mana agensi yang mengawal aktiviti jualan atas talian, sekali gus menyebabkan apa-apa produk, termasuk tidak selamat, boleh masuk dan dijual sewenang-wenangnya di situ.”
FOMCA masih menunggu garis panduan memerangi isu scammer atau penipuan di platform e-dagang daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
BACA >>> Kod QR Cegah Jualan Helmet Tiruan, Denda Hingga RM842, Batal Lesen
APA PULA CERITA KPDNHEP?
Pengarah KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Ariffin Samsudin berkata, pemantauan dan penguatkuasaan berhubung penjualan helmet atas talian akan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai. Ariffin dipetik Bernama, berkata;
Mana-mana peniaga atas talian memberi maklumat berbeza daripada apa diiklankan, ini satu kesalahan di bawah pengiklanan umpanan (Seksyen 13 Akta Perlindungan Pengguna 1999) atau Kesalahan Representasi Palsu atau Mengelirukan (Seksyen 10 Akta Perlindungan Pengguna 1999).
“Semua peniaga atas talian juga hendaklah mematuhi Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna (Urusniaga Perdagangan Elektronik) 2012.”
Ariffin berkata, KPDNHEP menguatkuasakan perihalan standard keselamatan keluaran SIRIM untuk helmet motosikal di bawah perundangan Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Topi Keledar Motosikal) 2012.
Jika penjual, termasuk kedai dan atas talian menjual helmet tanpa kelulusan standard keselamatan SIRIM, individu atau syarikat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29(2)(d) Akta Perihal Dagangan 2011.
Ariffin menjelaskan lagi;
Individu boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua, denda tidak lebih RM250,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
“Bagi syarikat, denda tidak lebih RM200,000 dan bagi kesalahan kali kedua, dikenakan denda tidak lebih RM500,000.”
BACA >>> Iklan Kempen Keselamatan Lucu, Pahlawan Viking Pun Reti Pakai Helmet
BACA >>> Idea Haramkan Kapcai Berprestasi Tinggi Ibarat Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar
BACA >>> KPN Saran Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi
SUMBER: Bernama
Leave a Reply