• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 5 Pelajar Rentung: Pemandu Treler Mengaku Tidak Bersalah, Diikat Jamin RM20k

5 Pelajar Rentung: Pemandu Treler Mengaku Tidak Bersalah, Diikat Jamin RM20k

May 17, 2022 By Farah Leave a Comment

688
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU treler yang menyebabkan lima pelakar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) terkorban dalam nahas kereta terbakar berdekatan Terowong Menora di Lebuhraya Utara Selatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, kelmarin.

Tertuduh, Mohammad Amirul Aznizam Razali, 28, membuat pengakuan tersebut di depan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari terhadap lima pertuduhan memandu secara berbahaya.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Cegah Kereta Terbakar yang Perlu Anda Tahu


Mohammad Amirul menghadapi tuduhan memandu treler jenis Volvo secara berbahaya terhadap orang awam hingga menyebabkan kematian lima mangsa, iaitu Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22 dan Iqbal Hasnun Halimi, 23.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 123 Mei lalu, kira-kira jam 1 pagi di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara. Atas pertuduhan itu, bapa kepada tiga anak itu didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 10 tahun, dan denda RM20,000 hingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Asmaniza Mohammad, manakala tertuduh diwakili peguam G Ravishankar.

Nur Asmaniza turut memohon tertuduh dikenakan jumlah jaminan tinggi RM10,000 bagi setiap pertuduhan kerana mengambil kira kes itu berkepentingan awam, dan mendapat liputan meluas media, selain memohon lesen memandu tertuduh digantung sementara.

Namun, peguam tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan dengan memaklumkan anak guamannya hilang pendapatan, manakala isteri hanya meniaga kecil-kecilan selain menanggung tiga anak berusia dua hingga 14 tahun. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Isteri tertuduh yang hadir pada sidang prosiding itu tampil membayar wang jaminan tersebut, dan kes akan disebut semula 30 Jun nanti.

Pada 12 Mei lalu, kereta sewa dinaiki lima pelajar USAAS terbabit kemalangan dengan dua treler yang masing-masing bermuatan besi dan mozek. Kemalangan itu mencetuskan kebakaran hingga kelima-lima pelajar USAAS itu rentung dalam kereta.

BACA>>> 5 Sekawan Pelajar Universiti Rentung, Kereta Terbakar Kemalangan dengan Dua Treler
BACA>>> Pemandu Rentung, MPV Terbakar Selepas Terpelanting, Langgar Pengadang Jalan

SUMBER: HMetro

Related

688
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 5 pelajar rentung, kemalangan, pemandu treler

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev