• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Tip Elak Kereta Panas Berbahang Apabila Parkir di Luar

#ApaNakBuat: Tip Elak Kereta Panas Berbahang Apabila Parkir di Luar

May 17, 2022 By Farah Leave a Comment

270
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERNAHKAH anda menghadapi situasi masuk kereta yang terlalu panas membahang hingga duduk di kerusi pun terasa seperti dipanggang?

Situasi seperti itu kerapa berlaku apabila kita memarkir kereta di kawasan terbuka di bawah panas terik tanpa bumbung atau sebarang teduhan. Ruang dalaman kereta boleh bertukar menjadi sangat panas disebabkan cahaya matahari yang menembus masuk menerusi cermin dan diserap komponen kabin seperti kerusi dan papan pemuka.

Apakah cara menjaga suhu kabin supaya kekal selesa walaupun diparkir di kawasan terbuka?

1. Guna Pelindung Matahari atau Tirai untuk Menutup Cermin Depan/Tingkap

Cara paling mudah mengelak kereta berbahang adalah menutup cermin depan menggunakan pelindung matahari atau tirai (untuk tingkap tepi). Ini dilakukan untuk menghalang gelombang panas menembusi cermin depan, dan seterusnya memanaskan ruang kabin.

Pelindung matahari bukan saja membantu mengurangkan bahang, tetapi pada masa sama melindungi fabrik dan upholsteri kabin seperti kabin, papan pemuka, dan stereng

2. Turunkan Tingkap Sedikit

Jika ada visor tingkap, buka sedikit tingkap sekurang-kurangnya 1cm untuk membebaskan udara panas dalam kabin.

Jangan buka terlalu luas atas faktor keselamatan selain mendedahkan kereta kepada tempias hujan. Namun, cara klasik ini juga mengundang habuk dari luar memasuki ruang kabin.

3. Lindungi Tempat Duduk

Caranya, letakkan kain atau tuala atas kerusi. Ini kerana antara sebab kabin jadi panas dan berbahang adalah disebabkan material kerusi yang mudah menyerap haba, terutama daripada kulit atau PVC.

4. Buka Penyaman Udara, Tingkap dan Pandu

Bahang dalam kabin tidak mudah hilang dengan cepat. Jadi tindakan yang boleh dilakukan adalah membuka penyaman udara dan tingkap serentak. Kemudian, pandulah seperti biasa beberapa minit sebelum menutup tingkap apabila bahang panas mula reda.

Cara ini lebih cepat mengembalikan suhu dingin kereta berbanding hanya menghidupkan penyaman udara dalam keadaan cermin ditutup.

BACA>>> Hati-Hati, Suhu Panas dalam Kabin Kereta Boleh Letupkan Tin Aerosol!
BACA>>># TahukahAnda: Seberapa Pantas Suhu Luar Panaskan Kabin Kereta?

Related

270
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, bahang kereta, Bahang Matahari, matahari, panas, Tip Elak Kereta Berbahang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev