• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Redah 440km dari Kedah Tunai Hajat Isteri Mengidam Makan Nasi Ayam di Shah Alam

Redah 440km dari Kedah Tunai Hajat Isteri Mengidam Makan Nasi Ayam di Shah Alam

May 17, 2022 By Farah Leave a Comment

771
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG suami sanggup memandu sejauh 440km semata-mata untuk menunaikan hajat isteri yang sedang hamil mengidam makan nasi ayam ketika zaman belajarnya di sebuah kedai di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, Jumaat lalu.

Pasangan itu bertolak dari rumah mereka di Kampung Bukit Payong, Pokok Sena pada jam 8.30 pagi dan sampai ke restoran itu pada jam 3.30 petang.

@nabilothmancwl bila wife hang teringin nasi ayam time study, hang sanggup redah AS➡️ SHAH ALAM 440km 😉😍 #fypシ #pimanabil ♬ suara asli - 🤎𝓭𝓭_𝓮𝓷𝔂〽️

Kisah itu dikongsikan dalam akaun TikTok, @Nabilothmancwl, atau nama sebenarnya, Wan Mohd Nabil, 35, yang merakamkan reaksi isterinya, Hazwani Ghazali, 35, yang nampak cukup berselera menikmati hidangan nasi ayam di restoran itu hingga tergeleng-geleng. Si isteri turut memuji makanan itu sebagai sedap 'giler'.

Dalam ruangan komen, Nabil turut berkongsi nama restoran tersebut, iaitu Nasi Ayam Seri Yasmin, terletak di Pusat Komersial Seksyen 7.

Dalam temu bual bersama Harian Metro, Nabil memberitahu isterinya sedang hamil empat bulan dan sudah beberapa kali meluahkan hasrat teringin makan nasi ayam di restoran berkenaan yang pernah menjadi makanan kegemarannya sejak mereka berdua sama menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Pasangan itu ke restoran berkenaan bersama dua anak mereka dan menginap di tempat penginapan dekat Setia Alam. Nabil juga tidak menyangka niatnya yang hanya mahu merakam detik kenangan itu menjadi tular di media sosial.

BACA>>> Mengidam Naik Ativa Putih, Ahli Grup Tunai Hajat Ibu Hamil
BACA>>> Tiada Lesen, Pinjam Motosikal Bapa, Remaja 16 Tahun Maut Kemalangan

SUMBER: HMetro, TikTok nabilothmancwl

Related

771
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Isteri hamil, Isteri Mengidam, Mengidam Nasi Ayam, mengidam pandu kereta jauh, pandu jauh, Shah Alam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev