• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM Bakal Lancar Barisan Model 490cc Tahun Ini?

KTM Bakal Lancar Barisan Model 490cc Tahun Ini?

May 17, 2022 By Wahid Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal dari Austria, KTM dilaporkan bakal melancarkan barisan model 490cc tahun ini.

Desas-desus itu sebenarnya sudah lama tersebar. Mungkin kerana walaupun KTM menawarkan model kecil 125cc, 200cc, 250cc dan 390cc hingga model middleweight 790cc ke atas, pengeluar itu masih tiada model yang mampu menutup jurang antara kelas 390cc dan 790cc.

BACA >>> #Spyshot: Kelibat KTM 1290 Super Duke GT Dikesan Sedang Diuji

Justeru barisan model 490-590cc boleh dianggap sebagai penghubung antara model kecil dan besar. Selain itu, ia juga mampu menjadi model asas kepada enjin dwi-silinder berbanding enjin silinder tunggal yang lebih kecil.

Laporan turut mendakwa enjin baharu itu akan dijadikan platform untuk model naked bike (Duke), sportbike (RC), advencer, sport-tourer dan supermoto, termasuk enduro (mungkin tidak, kerana enjin silinder tunggal lebih sesuai untuk motosikal enduro).

BACA >>> CFMoto 450SR (2022) Masuk Pasaran China, Harga RM20.8k!

Enjin tersebut mungkin dihasilkan rakan kerjasama KTM di China, iaitu CFMoto, dan bukan Bajaj Auto yang berpangkalan di India. Ini kerana CFMoto baru-baru ini baru saja  melancarkan sportbike 450SR yang dijana enjin dwi-silinder sebaris dengan aci engkol 270º untuk pemasaan, sama seperti enjin V-Twin 90º (seperti enjin CP2 Yamaha MT-07).

Jika KTM menggunakan enjin tersebut, pengeluar itu akan menggunakan aci engkol 75º bagi menghasilkan pemasaan mirip enjin V-Twin KTM yang lebih besar, seperti digunakan barisan 1290. Enjin dwi-silinder sebaris LC8C yang mula diperkenalkan pada model 790 Duke turut menggunakan metod sama.

Jika direalisasikan, model baharu itu bakal ditempatkan pada tahap lebih tinggi berbanding model 390 dengan beberapa teknologi berlainan. Persoalan terakhir, bagaimanakah rekabentuk motosikal baharu tersebut? Ia semestinya akan mendapat sentuhan firma rekabentuk antarabangsa, KISKA, cuma sama ada ia lebih mirip kepada barisan 390 ataupun 790.

* Nota: Foro yang ditunjukkan ialah prototaip model KTM 790 Duke.

BACA >>> Beli KTM 790 Duke, Dapat Ekzos Akrapovic Harga RM7.9k Percuma!
BACA >>> UM Xtreet 250X (2018) - Streetfighter Klon KTM Duke dari Amerika Syarikat
BACA> >> KTM RC 8C (2022) Habis Dijual Dalam Tempoh Kurang 5 Minit

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bajaj Auto, cfmoto, KTM, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my