PENGELUAR dari China, QJMotor melancarkan SRK600 (2022) untuk pasaran Malaysia pada harga asas bermula RM35,888 (tidak termasuk insuran dan cukai jalan).
Model naked bike 600cc ini diedarkan MForce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar ekslusif motosikal QJMotor di Malaysia. Berikut perinciannya:
- Hadir dalam pilihan warna merah Flaming Red (merah) dan Pearl White (putih)
- Menampilkan rekabentuk moden dan sporty.
- Dijana enjin 4-lejang 16-injap 4-silinder sebaris 600cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 80.5hp @ 11,000rpm dan tork maksimum 55Nm @ 8,000rpm.
- Agihan berat sama memberikan keseimbangan dari segi kecekapan bahan api dan kuasa.
- Kapasiti tangki minyak 15 liter.
- Selesa dan seronok ditunggang di bandar kerana dilengkapi ciri klac antigelincir (ASC).
- Frem trellis ringan
- Brek cakera di depan dan belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan kaliper Brembo.
- Sistem penghidup tanpa kunci (keyless).
- Panel meter TFT 5 inci dengan opsyen mod siang, malam atau auto.
- Lampu utama LED penuh.
- MOdel ini boleh dibeli di mana-mana pengedar sah MForce seluruh Malaysia pada pertengahan Jun nanti.
- Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti pengilang dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (mana satutiba dulu).
BACA>>> QJMotor Sai 250R (2022) Lancar di China, Harga RM16.9k
BACA>>> QJMotor aka Benelli Bakal Lancar 2 Model 700cc
Leave a Reply