GARA-gara terlalu laju melayan selekoh, seorang penunggang tersungkur apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan hingga terbabas melanggar lampu di pembahagi jalan dalam insiden di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.
Insiden dirakam kamera pemuka (dashcam) pemandu di belakangnya pada, petang semalam, kira-kira jam 6.55 petang.
Dalam klip video itu, rider tersebut muncul dari lorong kiri, dipercayai melayan selekoh hingga memasuki lorong kanan sebelum tiba-tiba hilang kawalan dan menghentam lampu jalan. Impaknya menyebabkan helmet dipakai hampir tertanggal, tersungkur dan terseret beberapa mete di pembahagi jalan.
Tidak diketahui tahap kecederaan menimpa mangsa, tetapi impak hentaman seakan teruk juga. Diharapkan apa dialami membuatkan dia insaf dan lebih berhati-hati di jalan raya. Klip video itu turut mengundang perhatian netizen yang mengharapkan apa yang berlaku memberikan teladan kepada penunggang lain.
"Laju sangat tu,.. dah macam race kat track, semoga dipermudahkan," kata Ikram Kamaruddin.
"Ambil korner makan jalan .. Dah makan jalan makan tiang pulak ... Semoga dipermudahkan segala urusan," tulis Wan Dollah.
"Hati-hatilah semua, jangan laju sangat," tulis Ramzi Rma.
"Benda boleh brek dia tak brek abeh , brek sikit ja , nak mengelak jugak," tulis Amie Kozynenko.
BACA>>> Mat Rempit Layan Corner Jalan Genting Macam di Trek Buat Netizen Geram
BACA>>> Kongsi Video Anak 10 Tahun Pandu Kancil Pergi Sekolah, Ibu Bapa Serah Diri Ke Polis
Leave a Reply