• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Hasbro, LEGO Perkenal Optimus Prime Boleh Tukar Robot kepada Trak dengan Sekali Pasang

Hasbro, LEGO Perkenal Optimus Prime Boleh Tukar Robot kepada Trak dengan Sekali Pasang

May 13, 2022 By Shawkath Leave a Comment

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUA syarikat permainan popular dunia, LEGO Group dan Hasbro menjalin kerjasama buat kali pertama untuk menawarkan watak utama Transformers Autobot, Optimus Prime dalam bentuk blok LEGO.

Istimewanya, Optimus Prime itu boleh berubah bentuk menjadi trak dan kembali kepada format robot dengan bantuan 19 poin artikulasi (sendi).

BACA >>> LEGO Lancar BMW M 1000 RR Siap Rantai Emas dan Paparan Skrin, Harga RM1.2k

Ini bermakna pembeli  tidak perlu buka dan memasang semula blok untuk menukarkan mainan itu menjadi robot atau trak. Ini juga kali pertama set LEGO boleh berubah bentuk kepada dua model tanpa perlu dibina semula.

LEGO Transformers Optimus Prime ialah produk tribut kepada ketua Autobot yang juga watak G1 Optimus Prime, menggunakan 1,508 kubikel blok LEGO.

Pakej itu mengandungi perincian lain seperti ion blaster, Energon axe, kiub Energon dan Autobot Matrix of Leadership yang boleh disimpan dalam dada Optimus Prime.

LEGO Transformers Optimus Prime akan ditawarkan ke pasaran global melalui pautan LEGO.com dan cawangan gedung LEGO bermula 1 Jun depan pada harga AS$169.99 (RM750).

BACA >>> Lamborghini, LEGO Hasilkan Replika Sian FKP 37 Saiz Sebenar, 360 Hari Baru Siap
BACA >>> CaDA Toyota AE86 yang Macam LEGO Sebenar

SUMBER : LEGO

Related

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: G1 Optimus Prime, Hasbro, Inc., LEGO Group, LEGO Transformers Optimus Prime, Optimus Prime, Transformers Autobot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my