• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Quartararo Ramal Saingan Satu Lawan Satu dengan Pecco di GP Perancis

Quartararo Ramal Saingan Satu Lawan Satu dengan Pecco di GP Perancis

May 13, 2022 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JUARA bertahan, Fabio Quartararo menjangka satu lagi persaiangan sengit akan berlaku antara dia dan Francesco Bagnaia di GP Perancis, minggu ini.

Pelumba Yamaha itu sudah bersedia ‘melakukan semua terdaya dengan harapan merangkul kemenangan pertama di negara kelahiran sendiri’.

BACA >>> Strategi Menjadi, Sekat Quartararo di Selekoh Bantu Bagnaia Juara GP Sepanyol 2022
BACA >>> Quartararo: "Bukan Masalah Aku Pelumba Yamaha Lain Bergelut"

Jika merangkul juara di Jerez awal bulan ini, Quartararo dapat menandingi pencapaian Enea Bastianini dengan dua kemenangan sepanjang enam aksi saingan awal musim 2022. Bagaimanapun , hasrat itu gagal selepas Bagnaia berjaya menyekat kemaraan El Diablo dengan strategi menghalang di kawasan selekoh GP Sepanyol 2022.

Berdasarkan statistik musim lalu, Quartararo menjadi juara lima kali dan Bagnaia pula empat kali, tetapi kedua-dua pelumba itu belum pernah bersaing satu-lawan-satu untuk merebut gelaran juara.

Quartararo dikatakan gagal memintas Bagnaia akibat faktor tekanan tayar semakin meningkat ketika cuba mengejar pelumba Ducati itu. Sama ada percubaan itu berjaya memintas atau tidak, itu isu lain.

Aksi perlumbaan akan datang dijangka menyaksikan dua pelumba itu terus bersaing sesama sendiri untuk memburu kemenangan keseluruhan musim ini. Malah Quartararo percaya pertempuran ulangan mungkin berlaku seawal minggu ini. Katanya:

(Pencapaian) tempat kedua di Jerez memang keputusan baik, tapi aku mungkin bohong kalau cakap aku tak mau menang. Aku hampir melakukannya (menang), jadi aku tunggu saingan semula di Le Mans.

“Aku positif pasal (perlumbaan) minggu ini, tapi kita tunggu dan lihat apa akan berlaku. Musim ini memang sukar diramal.

“Apapun, ini GP negara aku sendiri, jadi sudah tentu aku akan berusaha berikan yang terbaik. Harap-harap cuaca baik (ketika perlumbaan).”

BACA >>> GP Portugal Saksi Detik Kebangkitan Quartararo, Bakal Dominasi Litar Eropah?
BACA >>> Jika YZR-M1 Masih Masalah, Quartararo Tinggalkan Yamaha?
BACA >>> Sah! Suzuki Bincang dengan Dorna Hasrat Tinggalkan MotoGP Akhir Musim Ini
BACA >>> #TahukahAnda: Ini 6 Fakta Menarik Tentang Sistem Brek Brembo MotoGP 2022

SUMBER: Crash

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2022 GP Perancis, enea bastianini, Fabio Quartararo, Francesco Bagnaia, MotoGP, MotoGP 2022, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my