• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sah! Suzuki Bincang dengan Dorna Hasrat Tinggalkan MotoGP Akhir Musim Ini

Sah! Suzuki Bincang dengan Dorna Hasrat Tinggalkan MotoGP Akhir Musim Ini

May 12, 2022 By Shawkath Leave a Comment

213
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI secara rasmi mengumumkan keputusan meninggalkan Kejuaraan Dunia MotoGP pada akhir musim 2022 yang menjadi berita paling ditunggu ramai peminat sukan permotoran susulan tersebar desas-desus  sejak minggu lalu.

Manakan tidak, aksi MotoGP tahun ini baru selesai enam pusingan dan tiba-tiba timbul cerita Suzuki mahu berundur daripada saingan walaupun kontrak sudah dimeterai hingga 2026.

BACA >>> Suzuki Tarik Diri MotoGP Hujung Musim Ini?
BACA >>> Suzuki Kekal Bersaing dalam MotoGP Hingga 2026!

Bagaimanapun, keputusan keluar atau menamatkan kontrak lebih awal itu tetap perlu melalui rundingan dengan pengendali MotoGP, Dorna. Portal Crash.net mendakwa Suzuki pernah mengeluarkan kenyataan ringkas yang menyatakan sedang berbincang dengan Dorna mengenai ‘kemungkinan’ meninggalkan MotoGP lebih awal.

Kenyataan itu menjelaskan dua sebab pasukan pengilang itu mahu meninggalkan MotoGP, iaitu:

  • Situasi ekonomi semasa.
  • Perlu menumpukan usaha mengenai perubahan besar yang dihadapi dunia automotif.

Dua faktor itu dikaitkan situasi menimpa industri motosikal yang mungkin merujuk kepada peralihan segmen elektrik. Kenyataan sama juga mendedahkan Suzuki sedang menimbangkan untuk menamatkan semua aktiviti sukan permotoran lain atas alasan sama.

Suzuki pernah memenangi MotoGP menerusi pelumbanya Joan Mir pada 2020, dan musim berada di tempat ketiga. Pada musim ini pula menyaksikan Alex Rins kini pernah meraih dua kali podium.

BACA >>> Mir Puas Hati Suzuki GSX-RR Kini Lebih Laju
BACA >>> Honda Sedang Buru Mir? Status Marquez Masih Misteri
BACA >>> Quartararo: "Bukan Masalah Aku Pelumba Yamaha Lain Bergelut"

SUMBER: MotoGP | Crash

Related

213
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alex Rins, Joan Mir, MotoGP, roda2, Suzuki

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev