KETIKA adik-beradik lain di Malaysia bersalaman dan bermaafan sempena Aidilfitri, lain pula cerita dua beradik ini yang bergaduh berebut trak pikap Toyota Hilux milik ibu mereka untuk pergi beraya pada 1 Syawal lalu.
Lebih parah, si adik tergamak mencederakan abang kandung dengana pisau pemotong ayam di rumah mereka di Jalan TMJ 19 Taman Tanjung Minyak Jaya, Melaka Tengah, kira-kira jam 10 pagi.
Susulan itu, dia didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas tuduhan mencederakan abang kandungnya. Bagaimanapun, tertuduh Nabil Sarip, 30, mengaku tidak bersalah di depan Hakim Nariman Badruddin.
Berdasarkan bertuduhan, tertuduh didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap abangnya, Muhamad Farok, 38, pada 2 Mei lalu di rumah mereka. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari yang mencadangkan ikat jamin tinggi, tetapi peguam Amritpal Singh merayu jaminan rendah kerana tertuduh hanya bekerja sebagai pembantu di pusat bowling selain menanggung ibu bapa yang uzur.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,500 dengan seorang penjamin berserta syarat dilarang mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa dalam apa jua cara. Kes disebut semula pada 7 Jun depan.
BACA>>> Tiada 'Road Block' Seluruh Melaka Sepanjang Syawal Ini
BACA>>> 5 Pelajar Universiti Rentung, Kereta Dinaiki Kemalangan 2 Treler
SUMBER: HMetro
Leave a Reply