Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Berebut Hilux Ibu Nak Keluar Beraya, Adik Cederakan Abang Hadap Dakwaan Penjara 20 Tahun
Auto Terkini

Berebut Hilux Ibu Nak Keluar Beraya, Adik Cederakan Abang Hadap Dakwaan Penjara 20 Tahun

FarahBy Farah12/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETIKA adik-beradik lain di Malaysia bersalaman dan bermaafan sempena Aidilfitri, lain pula cerita dua beradik ini yang bergaduh berebut trak pikap Toyota Hilux milik ibu mereka untuk pergi beraya pada 1 Syawal lalu.

Lebih parah, si adik tergamak mencederakan abang kandung dengana pisau pemotong ayam di rumah mereka di Jalan TMJ 19 Taman Tanjung Minyak Jaya, Melaka Tengah, kira-kira jam 10 pagi.

Susulan itu, dia didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas tuduhan mencederakan abang kandungnya. Bagaimanapun, tertuduh Nabil Sarip, 30, mengaku tidak bersalah di depan Hakim Nariman Badruddin.

Berdasarkan bertuduhan, tertuduh didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap abangnya, Muhamad Farok, 38, pada 2 Mei lalu di rumah mereka. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari yang mencadangkan ikat jamin tinggi, tetapi peguam Amritpal Singh merayu jaminan rendah kerana tertuduh hanya bekerja sebagai pembantu di pusat bowling selain menanggung ibu bapa yang uzur.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,500 dengan seorang penjamin berserta syarat dilarang mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa dalam apa jua cara.  Kes disebut semula pada 7 Jun depan.

BACA>>> Tiada ‘Road Block’ Seluruh Melaka Sepanjang Syawal Ini
BACA>>> 5 Pelajar Universiti Rentung, Kereta Dinaiki Kemalangan 2 Treler

SUMBER: HMetro

Auto Terkini BErgaduh Berebut Hilux Melaka Tengah Rebut hilux roda2 Toyota Hilux Trak pikap
Farah

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.