KEKURANGAN dan ketiadaan stok petrol di beberapa stesen servis sepanjang minggu lalu sempena Hari Raya Aidilfitri adalah disebabkan kelewatan kapal tangki yang tiba di beberapa terminal.
Berita itu disahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. bagi menjawab aduan orang ramai mengenai isu berkenaan.
BACA >>> #RetroAuto: Daimler Reitwagen - Inilah Motosikal Petrol Pertama Dunia
Beliau berkata, kapal tangki lewat tiba di terminal Bagan Luar, Pulau Pinang dan Kuantan, Pahang. Selain itu, faktor lain yang menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan minyak adalah peningkatan jumlah kenderaan mendadak, dan kapasiti tangki minyak di beberapa stesen tidak mencukupi untuk membekalkan minyak mengikut permintaan.
Alexander berkata, Kementerian melakukan dua langkah bagi penyelesaian jangka pendek. Pertama, meminta kerjasama Kementerian Pengangkutan bagi mempercepatkan proses pelepasan kapal pengangkut minyak. Kedua, KPDNHEP memantau bekalan petrol RON95 supaya tiada penyelewengan.
Kementerian menyarankan orang ramai supaya buat sementara ini beralih kepada jenama minyak syarikat lain yang berhampiran berbanding jenama minyak syarikat tertentu yang menjadi kebiasaan digunakan kerana bukan semua stesen minyak menghadapi masalah bekalan terputus," katanya.
Menurutnya lagi, KPDNHEP juga membenarkan semua stesen minyak seluruh negara menambah had kuantiti simpanan, terutama petrol RON95 bagi memastikan bekalan mencukupi sepanjang musim perayaan.
Berdasarkan Garis Panduan Pelesenan Barang-Barang Kawalan Berjadual (CSA), kadar had kuantiti ditentukan menerusi surat sokongan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menyatakan had kuantiti simpanan yang sesuai bagi produk petroleum, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).
Setiap stesen minyak mempunyai kadar had kuantiti simpanan berbeza tertakluk luas premis dan sistem simpanan tangki bawah tanah (UGT) masing-masing.
BACA >>> Ala Comel... Penunggang Merajuk, Abang Shell Salah Set Pam Minyak
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Tuang Minyak Enjin Tanpa Corong? Mungkin Boleh Ikut Tip Ini!
Leave a Reply